728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 27 August 2019

    Pesawat Israel Bom Lokasi Pejuang Palestin di Gaza Utara

    Selasa, 27-08-2019 - Pesawat tempur Israel mengebom sejumlah lokasi milik pejuang Palestin di Gaza Utara, Isnin pagi (26/8).

    Menurut sumber tempatan, helikopter tempur Israel mengebom sebuah lokasi milik pejuang Palestin di perkampungan Umm Nasher, Gaza Utara menggunakan empat buah roket, namun belum ada maklumat berkenaan mangsa korban akibat serangan tersebut.

    Sehari sebelumnya, radio Israel mengeluarkan maklumat berkenaan jatuhnya 4 roket ke penempatan Zionis di sekitar Gaza, dan menyatakan 4 buah roket telah ditembak dari Gaza yang jatuh di sejumlah lokasi lapangan terbuka.

    Dalam sebulan ini, pasukan Israel menyatakan terjadi 3 serangan roket dari Gaza menuju sejumlah penempatan Zionis di kawasan sekitar Gaza.

    Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada pihak Palestin yang menyatakan bertanggungjawab atas serangan tersebut.

    Namun sebelumnya pihak fraksi pejuang Palestin mengeluarkan ancaman serangan balik atas meningkatnya kejahatan Israel terhadap Gaza iaitu seramai 9 warga Gaza meninggal dalam tempoh sebulan ini.

    Gaza terus menjadi sasaran kejahatan Israel, bukan sahaja sekatan darat, laut dan udara sejak 13 tahun lalu, tetapi serangan terhadap para demonstran setiap Jumaat terus berlanjutan, yang menyebabkan ratusan meninggal dan ribuan cedera.

    https://palestinkini.info/?p=19007

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pesawat Israel Bom Lokasi Pejuang Palestin di Gaza Utara Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top