GUA MUSANG - Lebih 400 penduduk orang asli suku Temiar di Kampung Jedip, Pos Brooke di sini mendakwa kawasan tanaman diusahakan mereka dan kawasan perkuburan dimusnahkan oleh sebuah syarikat kebun sayur.
Ketua Kampung Jedip, Nasir Busu, 48 berkata, lebih 1.214 hektar kawasan tanaman durian, pisang, rambutan dan petai diusahakan mereka dimusnahkan dengan menggunakan tiga jengkaut.
Beliau berkata, kerja - kerja membersihkan kawasan berkenaan bermula sejak hujung Julai lalu selama tiga hari berturut-turut dan terhenti setelah mendapat tentangan daripada penduduk kampung.
Menurutnya, kawasan tanaman itu hanya terletak 500 meter dari kawasan penempatan orang asli dan turut memusnahkan empat kubur termasuk kubur bapanya sendiri.
"Kawasan kebun mula disodok pada 25 Julai lalu dan saya meminta secara baik agar kerja-kerja ini dihentikan. Namun mereka tidak mengendahkan teguran dan meneruskan kerja-kerja menolak tanah.
"Pada hari ketiga, saya bersama penduduk merampas kunci jengkaut dan menghalang kerja-kerja terbabit. Selain tanaman, mereka memusnahkan kubur bapa saya, Busu Itam, ibu saudara serta dua kubur kanak-kanak.
"Saya sudah menghantar surat kepada kerajaan negeri termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mendapatkan kepastian mengenai status tanah dan kerja-kerja terbabit, namun sehingga kini masih belum terjawab," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Salah seorang pemilik kebun, Dolah Alang, 50, berkata, dia sudah lebih 10 tahun dia mengusahakan tanaman berkenaan, namun kini musnah sekelip mata.
"Saya mengusahakan kebun ini sudah lama, malah ia sudah mengeluarkan hasil sebagai punca pendapatan saya bersama beberapa pemilik lain.
"Sejak tanaman kami musnah, kami hilang punca pendapatan dan menjejaskan kehidupan kami sekeluarga kerana kami hanya bergantung kepada hasil hutan," katanya.
Bagi penduduk, Andul Busu, 49, dia kecewa dengan tindakan syarikat berkenaan kerana tidak memikirkan soal keselamatan, punca pencarian dan ancaman kepada penduduk kampung.
"Sumber air kami tercemar, kebun kami musnah, kehidupan kami diancam bahaya. Kami juga manusia dan rakyat Malaysia.
"Kenapa kami dilayan sebegini sehingga tempat kami juga dimusnahkan. Saya kecewa kerana kubur bapa kami juga tidak dihormati," katanya.
Sementara itu, Ketua Penghulu orang asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, perkara ini semakin serius kerana sejak beberapa tahun lalu, isu penerokaan tanah ini sudah disuarakan kepada kerajaan negeri.
Namun katanya, aduan serta laporan yang dihantar hanya dipandang sepi tanpa apa-apa tindakan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/44940/EDISI/Kelantan/Tanaman-tanah-perkuburan-orang-asli-Temiar-dimusnahkan

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci