SEORANG gadis yang dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19), hanya mampu menitipkan doa dari jauh kepada bapanya yang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, hari ini, lapor BH Online.
Menerusi Twitter, Syahira Idris menzahirkan kesedihan kerana tidak dapat membantu menguruskan jenazah bapanya kerana dikuarantin di hospital bersama kakaknya, yang turut dijangkiti pandemik itu.
“Dengan berat hati, ayah saya Idris bin Atan telah pun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat.
“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.
“Seperti dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital.
“Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital. Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah,” katanya, menjelaskan bapanya bukan antara jemaah tabligh yang hadir ke Masjid Seri Petaling, awal bulan ini.
Nukilan Syahira yang meruntun hati itu, mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan arwah bapanya serta mendoakan keluarganya diberi kekuatan moral berdepan kesukaran itu.
Syahira turut memuat naik gambarnya bersama bapa dan ibunya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Idris menjadi seorang bapa dan suami yang baik.
“Ayah kini di tempat lebih baik sekarang. Kami sayangkan ayah, tapi Allah lebih sayangkan kamu,” katanya.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci