728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 16 August 2017

    Pegawai Polis Ini Terharu Duit Gaji Hilang 11 Tahun Lalu Dipulangkan





    Siapa tidak sedih dan kecewa jika duit gaji hasil titik peluh bekerja selama sebulan yang akan digunakan untuk menyara diri dan keluarga tiba-tiba hilang, dan tidak ditemui semula.

    11 tahun lalu, seorang anggota polis Kota Malang, Jawa Timur Indonesia, Sugeng Iryanto kehilangan slip gaji dan duit gajinya berjumlah 2,077500 rupiah (kira-kira RM667) ketika singgah solat di sebuah masjid di daerah Kota Malang.

    Kehilangan wang tersebut membuatkan beliau begitu tertekan dan pernah mempersoalkan kepada Tuhan, selain memohon supaya duit gajinya itu dikembalikan, lapor Tribunnews.

    “Waktu itu saya sedang susah kerana memang bergantung sepenuhnya kepada gaji itu saja," kata Sugeng memetik portal tersebut, semalam.

    Selepas lebih sedekad, Sugeng tidak menyangka bahawa panggilan telefon yang diterimanya pada Khamis lalu (10 Ogos) rupanya membawa berita gembira buatnya.

    Seorang pegawai polis yang bertugas di Kota Malang menghubunginya bertanyakan sama ada Sugeng pernah kehilangan wang dan slip gaji.

    Sugeng yang dalam keadaan hampir lupa mengenai perkara itu mengakui pernah kehilangan wang, sebelum dimaklumkan oleh anggota terbabit bahawa seorang pemuda mahu bertemu dengannya.

    Pegawai terbabit menjelaskan bahawa lelaki itu, Muhammad Badrun, yang merupakan seorang guru mahu berjumpa dengan Sugeng kerana ingin memulangkan wang yang sudah hilang 11 tahun lalu.

    Mendengar berita tersebut Sugeng begitu terkejut dan teruja mahu berjumpa dengan guru itu.

    Menurut Sugeng, pertemuan dengan guru itu bukan semata-mata kerana wang namun disebabkan sifat mulia yang dimiliki lelaki itu.

    “Subhanallah, 11 tahun lalu? dan wang gaji saya kembali! Bukankah ini satu kebesaran Tuhan yang ditunjukkan di depan saya?

    “Saya harus menemui orang itu untuk mengucapkan terima kasih,” kata Sugeng.


    Sugeng bersama isterinya/ Foto: Tribunnews.comSugeng bersama isterinya/ Foto: Tribunnews.com


    Ketika menemui guru itu, Sugeng begitu terharu dan hampir menangis apabila melihat slip gajinya masih lagi dalam keadaan elok.

    “Saya tambahkan wang (dalam sampul) dan ikhlas memberikan wang tersebut kepada Badrun. Namun, beliau menolak dengan sopan lalu kami sepakat menggunakan wang itu untuk membeli seekor kambing pada Hari Raya Korban ini, agar kami boleh berkongsi pahala dan menyerahkan urusan ini kepada Allah,” katanya.

    Menceritakan semula kejadian itu, Sugeng berkata beliau menyedari wangnya tercicir sebaik sahaja sampai di rumah lalu segera ke masjid tersebut untuk mencari wangnya namun gagal menemui.

    “Seingat saya, (wang) itu disimpan di dalam poket kanan seluar bersama telefon bimbit. Ketika mahu solat, saya keluarkan telefon dan letak ia depan saya,” katanya.

    Sugeng kemudian menceritakan insiden tersebut kepada isterinya. Isterinya menangis mengetahui kejadian itu kerana wang tersebut mahu digunakan untuk membaiki rumah dan membayar tukang.

    Sementara, Badrun berkata beliau berusaha untuk memulangkan semula wang tersebut namun menemui jalan buntu apabila penduduk setempat tidak mengenali Sugeng.

    Pada masa yang sama Badrun terpaksa meninggalkan Kota Marang dan berpindah ke Kota Bima. Disebabkan masih gagal menemui Sugeng, Badrun membawa slip gaji dan wang tersebut bersamanya ke Kota Bima.

    Semoga sifat jujur dimiliki Badrun menjadi contoh kepada kita semua.

    - mD

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pegawai Polis Ini Terharu Duit Gaji Hilang 11 Tahun Lalu Dipulangkan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top