728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 10 April 2019

    Menteri Besar Johor Akhirnya Letak Jawatan

    PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Datuk Osman Sapian telah secara rasminya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

    "MB Johor meletak jawatan semalam (8 April) melalui surat kepada saya dan saya akan menghantar surat kepada Sultan Johor," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.

    Ditanya sama ada ada orang yang mengambil alih kedudukan itu, Dr Mahathir memberitahu terdapat tiga hingga empat calon berpotensi.

    Beliau juga berkata bahawa menteri besar baru mesti berasal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

    "Buat masa ini, Johor tidak mempunyai menteri besar," katanya.-mStar

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Menteri Besar Johor Akhirnya Letak Jawatan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top