Tuesday, 31 October 2017

Air Mata Iringi Doa Di Kem Rohingya




Bacaan doa diiringi air mata sukarelawan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dan pelarian menimbulkan suasana hiba di kem Kutupalong.

Ini kerana di sekitar kem itu sebelum ini suasananya begitu kelam-kabut dengan ratusan pelarian ‘menyerbu’ doktor dan sukarelawan untuk mendapatkan rawatan percuma serta ubat.

Doa dipimpin Exco Muslim Care Dr Riduan Mohamad Nor itu menyebabkan ada pelarian memeluk sukarelawan kerana tidak dapat menahan sedih mengenangkan nasib menimpa mereka.

Tambahan pula, keadaan di sekitar kem dipenuhi pelarian yang sanggup menunggu lebih empat jam untuk mendapatkan makanan dan pakaian dibawa Muslim Care untuk misi kali ini.

Ia turut mengundang perasaan bercampur baur dalam kalangan doktor yang merawat mereka kerana keadaan yang terlalu daif di situ.

Bagi Pakar ICU Kanak-Kanak Hospital Selayang Dr Anis Siham Zainal Abidin, dia sendiri tidak dapat membendung rasa pilu melihat kehidupan kanak-kanak pelarian berkenaan yang seolah-olah tidak ada masa depan.

“Saya tersentuh kerana melihat keadaan mereka sangat lapar, ada yang sakit dan mereka juga tidak tahu hala tuju dengan kehidupan dilalui.

“Tidak banyak dapat kita lakukan di sini berbanding hakikat sebenar yang mereka perlukan. Bagaimana nanti kehidupan mereka terutama tanpa pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Merlimau Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sepanjang beberapa kali menyertai misi kemanusiaan, ini misi yang begitu meninggalkan kesan memandangkan pesakit yang dirawat adalah mangsa krisis kemanusiaan.

Katanya, dia sedih memikirkan ada antara pelarian mengalami kecederaan ditembak dan dipukul tanpa menerima sebarang rawatan untuk jangka masa panjang.

“Ada yang lebih sebulan tidak dirawat dan kita boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka yang tiada pilihan selain terus bertahan. Mereka diuji dengan begitu hebat,” katanya.

Sumber: MyMetro

Negara Mana Paling Kerap Dilawati Ratu Elizabeth?




RATU Elizabeth adalah pemerintah yang paling banyak melakukan lawatan dalam sejarah, tetapi terdapat sebuah negara yang paling kerap dilawatinya berbanding negara-negara lain.

Sepanjang 65 tahun pemerintahannya Ratu Elizabeth telah melawat hampir semua negara di seluruh dunia.

Lawatan beliau yang pertama adalah ke Kenya pada tahun 1952. Di sinilah dia menjadi ratu setelah kematian bapanya, Raja George VI.

Kebanyakan negara yang dilawatinya adalah pada tahun 1970-an, iaitu 48 negara yang berbeza.

Bagaimanapun, terdapat sebuah negara yang paling kerap beliau lawati semasa pemerintahannya iaitu Kanada.

Beliau telah melawat Kanda sebanyak 27 kali, lebih daripada Ratu Victoria, raja yang paling lama berkhidmat sebelum diambil alih Ratu Elizabeth.

Ini mungkin kerana Kanada merupakan sebuah negara persekutuan yang ditadbir mengikut sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth selaku ketua negara.

Semua menteri dan angkatan bersenjata Kanada berikrar sumpah setia kepadanya, serta pasport di negara ini dikeluarkan atas namanya.

Australia juga termasuk dalam negara-negara Komanwel, justeru tidak hairanlah ia menjadi negara kedua yang paling kerap dilawatinya.

Ratu England telah berada di negara ini sebanyak 18 kali sepanjang pemerintahannya.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa negara yang belum dikunjungi beliau, dan kemungkinan besar tidak akan dikunjunginya kerana aktivitinya telah dikurangkan.

Madagascar, Cuba dan Peru tidak pernah dilawati oleh Ratu, walaupun tanpa sebab politik.

Ratu Elizabeth tidak pernah melawat Greece, untuk satu alasan yang berbeza.

Suaminya, Putera Philip, berasal dari Greece sebelum mengambil nama keluarga diraja dan menyingkirkan nama keluarganya, Mountbatten.

Ratu tidak pernah berkunjung ke situ sejak mengambil alih takhta, sementara Putera Philip hanya melawatnya sekali pada 1960-an untuk melawat ibunya di Athens. -expressUK

Terpaksa Tutup Hotel Kerana Maksiat Banyak Sangat





Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan aktiviti maksiat yang berleluasa, kata pihak berkuasa bandar semalam.

Ia selepas kumpulan Islam di negara majoriti Muslim itu menggesa gabenor ibu kota ini bertindak susulan jaminan kempen menutup premis terbabit.

Alexis Hotel yang dipaparkan sebagai 'syurga impian lelaki' dalam laman webnya, turut terpalit dalam kempen pilihan raya terbaru ibu kota ini apabila gabenor baharu, Anies Baswedan, berjanji menutupnya ketika debat di televisyen.

Anies mendakwa penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hanya bertindak di kawasan mundur yang menawarkan maksiat dan dadah.

Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP) Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui.

Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, ia memutuskan tidak melanjutkan permit selepas maklumat beredar dalam media mengenai aktiviti terlarang, sambil menambah adalah penting untuk mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram.

Agensi berita ANTARA berkata, kumpulan Islam sebelum ini menghantar surat kepada pihak berkuasa menuntut hotel berkenaan ditutup, namun membatalkan perhimpunan bantahan dirancang diadakan di luar premis itu atas alasan keselamatan dan teknikal.

Hotel berkenaan gagal dihubungi untuk mengulas, begitu juga pemiliknya.

Media memetik Anies sebagai berkata, Jakarta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan yang menjalankan amalan tidak bermoral.

Ketika menjadi gabenor, Ahok merobohkan daerah pelacuran di Kalijodo pada 2006 sebagai sebahagian kempen meluas membasmi kegiatan tidak bermoral dan menutup beberapa kelab malam terkenal ibu kota ini kerana dadah.

- Agensi/Berita Harian

Monday, 30 October 2017

Zahirah Macwilson Mohon Maaf Muat Naik Foto Perbualan WhatsApp Bersama Kamal Adli




Tidak mahu memanjangkan lagi kemelutnya bersama Kamal Adli, pelakon jelita Zahirah Macwilson tampil menjelaskan sebab sebenar beliau memuat naik foto perbualan WhatsApp bersama Kamal dan pada masa yang sama memohon maaf jika tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Saya faham orang di luar sana tidak berapa gembira apabila saya berkongsi perbualan antara saya dan Kamal. Tujuan saya hanyalah untuk memastikan agar tiada cubaan untuk memutarbelitkan keadaan dan membuat anggapan sendiri (mengenai apa yang terjadi). Saya sudah memadam (paparan perbualan) kerana tujuan asal saya sudah tertunai.


Saya memohon maaf atas penggunaan kata yang kasar. Anda boleh mengutuk tindakan saya itu, tetapi sekiranya ia berlaku ke atas diri anda, saya yakin anda juga tidak akan dapat menahan sabar, terutamanya apabila isu ini sudah berlarutan untuk beberapa minggu.



Zahirah tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut dan meminta agar netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bergaduh di media sosial. Zahirah juga.



Dalam pada itu, Zahirah turut berharap satu pengakuan permohonan maaf akan dibuat oleh pihak Kamal ataupun Emma agar perkara ini tidak lagi berpanjangan.




Sumber Berita : Kosmo

Sunday, 29 October 2017

Selepas Setahun Hilang, Akhirnya Ditemui Sudah Menjadi Mayat





Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.
Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.

Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.

Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.

Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

-- BERNAMA

Saturday, 28 October 2017

"Orang Pandang Kita Atas Bawah" - Kehidupan Ara Dah Berubah




BINTANG AF2016, Ara Johari, 19, mengakui kehidupannya kini berubah selepas bergelar seorang penyanyi.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana enggan terpalit dengan kontroversi yang boleh menjatuhkan namanya.

"Setelah bergelar penyanyi, kehidupan saya kini lebih berbeza di mana ramai mula mengenali siapa Ara.
"Banyak perkara yang perlu dijaga kerana orang memandang kita atas dan bawah, setiap gerak-geri serta tingkah laku menjadi perhatian, jadi saya perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

"Sekali kita buat silap, sampai bila-bila orang akan ingat dan walau banyak mana pun kita buat baik, belum tentu ada orang beri perhatian mahupun ingat.

"Mungkin ini merupakan asam garam yang perlu saya lalui sebagai anak seni dan perjalanan saya masih lagi jauh serta banyak yang perlu ditempuh," katanya kepada Astro Gempak.




Tambah Ara, dia kini dalam proses mempromosikan single keduanya, Bunga, selepas kejayaan single pertama, Warkah Untukku yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

"Bunga merupakan luahan rasa saya dalam lagu dan mesej yang cuba disampaikan merupakan peringatan buat setiap wanita agar lebih berwaspada dan tidaklah bertujuan untuk menjatuhkan kaum lelaki.

"Ia menceritakan tentang cinta segelintir wanita di luar sana pada kaum lelaki yang sering terarah kepada kemewahan harta benda serta rupa paras yang menarik.

"Di samping itu, ia lebih kepada nasihat kepada para wanita untuk lebih berhati-hati apabila mencari pasangan kelak," ujarnya.

Friday, 27 October 2017

Shafie Apdal Bebas Dengan Ikat Jamin RM100K




Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari.

Anggota Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Perintah pembebasan Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya Faliq Basiruddin.

Sebelum itu, Shafie tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira 9.30 pagi disambut laungan ‘bebaskan Shafie’ daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Beliau ditahan SPRM pada 19 Okt lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman itu kemudian dilanjutkan empat hari pada 23 Okt dan berakhir hari ini.- BERNAMA

Thursday, 26 October 2017

Bapa Jadikan Anak Hamba Seks Sampai Dapat 8 Anak




GILA…seorang lelaki telah didakwa di mahkamah kerana menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 20 tahun hingga melahirkan lapan anak.

Domingo Bulacio, 56, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu selama lebih dua dekad. Ujian DNA yang dijalankan mengesahkan bahawa lapan anak yang dilahirkan itu adalah hasil benihnya.

Bulacio ditangkap selepas mangsa membawa anaknya bongsunya ke hospital dan selepas doktor bertanyakan mengenai bapa kanak-kanak itu, barulah terbongkar cerita sebenar yang menimpanya.

Selepas tersebar berita mengenai kes itu, Bulacio melarikan diri selama 45 hari sebelum berjaya ditangkap oleh polis.

Menurut laporan media, mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya, yang didakwa telah didera oleh Bulacio. Enam daripada anaknya dimasukkan ke sekolah berasrama di Santiago del Estero.

Setakat ini nama mangsa tidak didedahkan namun kes itu akan mula dibicarakan pada minggu depan. – MYNEWSHUB.CC


Wednesday, 25 October 2017

Selepas Nombor 1 Dunia, So Yeon Sasar Pemain Terbaik




Selepas meraih kedudukan pemain nombor satu dunia, Ryu So Yeon kini menyasarkan gelaran Pemain Terbaik.

“Di samping mengekalkan pemain nombor satu dunia, sasaran saya seterusnya ialah gelaran Pemain Terbaik bagi tahun ini,” kata pemain golf berumur 27 tahun itu kepada pemberita pada sidang media Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pemain itu mengambil perhatian bahawa walaupun beliau menetapkan sasaran itu tetapi tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Jika terlalu memikirkannya, ia boleh menjejaskan permainan. Jadi, saya hanya mahu fokus pada permainan saya… setiap pukulan, setiap kejohanan,” katanya.

Setakat 22 Okt, So Yeon menduduki tangga teratas kedudukan Pemain Terbaik LPGA bagi tahun ini dengan 162 mata dan diekori pemain Amerika Lexi Thompson dengan 147 mata dan rakan senegara Park Sung Hyun di tempat ketiga dengan 142 mata.

Pada 26 Jun, So Yeon menduduki nombor ke-11 dalam Rolex Rankings susulan kejayaan memenangi gelaran Jelajah LPGA buat kali kelima pada Kejohanan Walmart NW Arkansas.

“Terdapat beberapa pemain yang menghampiri kedudukan teratas ranking, dan saya rasa bertuah saya dapat mengalahkan mereka dan menduduk tempat teratas. Ia menjadi motivasi untuk saya terus bermain dengan baik. Saya mahu menjadi pemain nombor satu sejati,” katanya.

Sebanyak 78 pemain termasuk juara dua kali Feng Shanshan daripada China dan pemain nombor satu negara Kelly Tan, akan bertarung untuk gelaran sukar itu pada kejohanan tersebut yang menawarkan US$1.8 juta (RM7.56 juta) dari 26-29 Okt di East Course, TPC Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club) di Bukit Kiara, di sini. – BERNAMA

Kecewa Anak Kahwin Tanpa Restu, Bapa Bunuh Diri [VIDEO]



TAK masuk akal langsung. Tindakan seorang bapa yang membunuh dirinya dengan sepucuk pistol secara langsung menerusi Facebook, hanya disebabkan anak perempuannya berkahwin tanpa keizinannya, telah mengejutkan ramai.

Ayhan Uzun, dari Kayseri, Turki, telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol berkenaan. Dia sempat menyatakan : “Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu.’

Sebaik sahaja menghabiskan ayat berkenaan, Uzun terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.

Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.

“Oh hari paling bahagia bagi anak saya. Mereka menghubungi saya dan menjemput saya menghadirinya.

“Tiada siapa yang bertanya (minta kebenaran) kepada saya. Tiada sesiapa yang melayan saya seperti lelaki. Bapa mertua saya mengambil tempat saya dan memberikan keizinan kepada perkahwinan anak saya.

“Tiada sesiapa yang memberitahu bahawa bapa gadis ini masih hidup. Saya sebenarnya menunggu anak perempuan dan keluarga saya datang kepada saya dan menjemput saya untuk bersama-sama (meraikannya),’’ demikian kata-kata Uzun sebelum menembak dirinya.

Ketika video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat merayu kepadanya supaya tidak melakukannya.

Namun keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja. – MYNEWSHUB.CC





Muat Naik 'Instagram Live', Sulli Mengaku Tak Pakai Seluar



Sejak memutuskan keluar dari kumpulannya, f(x), lepas satu persatu kontroversi melanda Choi Sulli. Mungkin salah satu sebab kerana kehidupannya sebagai non-idol (bukan artis) lebih bebas dibandingkan jika bergelar artis di Korea.

Terbaharu, buat sekian kalinya Sulli mncetuskan kontroversi apabila dia berani mengaku yang dia sebenarnya dalam keadaan tidak memakai seluar.

Menerusi 'Instagram live', gadis berusia 23 tahun ini diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada peminat termasuklah mengenai hubungan cintanya dengan Choiza yang kecundang di tengah jalan. Selain itu, ada juga yang bertanya sama ada dia akan kembali aktif semula dalam bidang nyanyia atau tidak?

"Kemunculan semula sebagai penyanyi? Saya memang ingin nyanyi lagi... tapi lihat nanti saja," jelas Sulli

Artis dibawah naungan SM Entertainment ini dalam pada itu berkata, dia ingin memberi fokus pada karier lakonannya buat masa ini.

Sementara mengulas mengenai soal mungkinkah dia dan Choiza akan kembali bersama, Sulli berkata,

"Kami sudah tidak bercinta lagi, semua itu bohong. Saya harap jangan salahpaham.Saya bukan orang jahat," tuturnya.

Dalam kesempatan live itu, Sulli juga mengaku dia masih berhubung dengan sahabat baiknya, Krystal walaupun mreka masing-masing sangat sibuk.

Namun, dalam ada itu Sulli membuat pengakuan mengejut para pengikutnya,

"Saya sekarang hanya memakai seluar dalam saja," akui Sulli.

Meskipun sering menjadi target kritikan netizen Korea namun Sulli tidak terkesan malah dia dilihat cukup selesa dan sentiasa menjadi diri sendiri.



Tuesday, 24 October 2017

Perogol Budak 11 Tahun Didedah Secara Langsung Di TV




PROGRAM televisyen di Ukraine telah mengatasi program realiti TV yang lain apabila ia akan mengumumkan keputusan DNA untuk satu kes rogol kanak-kanak secara langsung.


Tanya kini berusia 12 tahun tetapi hamil pada usia 11 tahun, disyaki perbuatan bapa tiri atau salah seorang daripada dua abangnya.


Gadis itu, yang telah melalui cabaran di studio mendakwa anak perempuannya Diana, yang berusia lima minggu adalah hasil hubungannya dengan seorang jiran berusia 18 tahun.


Bagaimanapun keputusan DNA menunjukkan ia tidak sepadan dengan lelaki berkenaan tetapi dia boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 10 tahun kerana melakukan seks dengan seorang kanak-kanak.


 -East2West/InterTV 




Tanya kemudian mendedahkan bahawa dia telah mengalami serangan seks daripada seorang saudaranya.


Program itu kini menguji DNA bapa tirinya, Ivan Eremin, 30-an, dan dua abangnya yang berusia 15 dan 17 tahun.


Mereka semua menafikan bahawa mereka adalah bapa kepada bayi tersebut.


Ivan Eremin. -fotoEast2West/InterTV 



Program itu yang dikenali sebagai It Concerns Everybody, akan disiarkan minggu ini walaupun gadis itu tidak mahu mengambil bahagian.


Bapa tirinya berkata: "Saya tidak akan datang ke sini sekiranya saya ada kaitan dengan kehamilan anak perempuan saya.


"Saya bersedia melakukan ujian DNA dan membuktikan bahawa saya bukan bapa kepada anak ini.


"Saya tidak takutkan apa-apa. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan saya dan isteri dipersalahkan.


Saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Tanya, malah saya tidak pernah fikir tentang hal itu.


 Abang Tanya, salah seorang daripada suspek. -fotoEast2West/InterTV 




Pakar psikologi yang memeriksa Tanya untuk program tersebut, Vlada Berezyanskaya berkata: "Budak ini hanya rasa takut. Dia tertekan sekarang. Tanya seorang kanak-kanak, dia tidak bersalah," katanya.


Ibunya, Anna Luchishin, 31, yang mempunyai enam orang anak telah dipersalahkan kerana mendedahkan tentang anak perempuannya di TV, selain dia disyaki telah dibayar kerana mendedahkan masalah keluarganya.


Dia kini membantu Tanya membesarkan anaknya yang dilahirkan pada 17 September lalu, tetapi turut dilihat menggalakkan anak perempuannya menjawab soalan 'sulit' walaupun dia tidak mahu menjawabnya.


Polis sedang kini sedang menyiasat tuduhan tersebut, tetapi tidak cuba menghentikan program yang disiarkan.


Hos program, Andrey Danilevich, dari Inter TV, mendakwa bahawa dia hanya mencari kebenaran.


"Kanak-kanak itu, yang hamil pada usia 11 tahun menjadi mangsa manipulasi orang dewasa yang tidak bertanggungjawab," katanya.


"Sekarang hampir semua lelaki di bandar Borislav yang pernah melawat keluarganya, termasuk bapa tirinya dan saudara lelakinya disyaki terlibat.


"Kita semua tahu betapa kejamnya mulut orang. Penting untuk mengetahui siapa bapanya bagi menghentikan spekulasi," katanya.


Salah seorang saudara Tanya yang menjadi suspek. -fotoEast2West/InterTV 




Ibunya memberitahu penonton bahawa Tanya pada awalnya menamakan siapa yang dia percaya menjadi bapa kepada bayi berkenaan.


"Tetapi jiran kami Andriy bukan bapa kepada cucu saya Diana," katanya.


"Saya menerima panggilan dari makmal di Lviv dan mereka berkata bukan dia.


"Bapa Andriy, Oleg telah membayar ujian DNA ini di Lviv. Saya terperanjat. Saya beritahu Tanya tentang ujian itu dan bertanya siapakah orangnya?


"Dan dia beritahu saya ada seorang lagi. Saya minta dia bercakap benar. Ia berlaku pada Februari ketika saya berada di hospital.


"Saya tidak mahu menyatakan namanya. Dia adalah keluarga kami. Tetapi mungkin juga bukan dia," katanya.



Monday, 23 October 2017

McDonalds Singapura Perkenal Loker Telefon Bimbit Untuk Simpan Telefon Pelanggan



Sudah menjadi satu pemandangan yang biasa untuk melihat semua orang tidak kira tua, muda, lelaki atau wanita sentiasa sibuk dengan telefon bimbit di tempat-tempat awam. Malah, kanak-kanak juga tiada bezanya, semua hanya fokus melihat ke skrin telefon sahaja.

Agak menyedihkan apabila melihat satu keluarga atau kawan-kawan yang dahulunya akan saling bergurau dan berbual antara satu sama lain, menjadi diam kerana sibuk dengan telefon; bermesej, main permainan, selfie atau merakam video untuk dimuat naik di akaun media sosial masing-masing.

Dan, disebabkan fenomena ‘tidak berdunia’ itu, sebuah restoran makanan segera di Singapura, McDonald Marine Cove telah membuat satu program iaitu “Family Playdate” yang mencadangkan pelanggan untuk mengabaikan telefon mereka supaya memberi tumpuan ketika makan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Di restoran makanan segera itu, pelanggan perlu meletakkan telefon bimbit mereka ke dalam sebuah loker konvesional, iaitu loker lutsinar lengkap dengan kunci. Selepas selesai makan, pekarja disitu akan mengingatkan pelanggan supaya mengambil telefon bimbit mereka yang ada di dalam loker.

Pihak restoran itu juga berharap dengan adanya program itu, mereka dapat memberi sedikit bantuan dalam mengurangi fenomena sosial itu. Menurut kajian yang dilakukan oleh McDonalds sendiri, lebih daripada 90% ibu bapa dan kanak-kanak mesti akan mengunakan telefon bimbit tidak kira dimana mereka berkumpul.

Meskipun, ibu bapa tahu fakta yang perbuatan itu boleh mengurangkan interaksi mereka dengan anak mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka juga mahu anak mereka lebih berdisplin dengan menjauhkan mereka dari gangguan digital.

Sebagai salah satu destinasi restoran kegemaran untuk ramai keluarga, kami sendiri telah membuat penilaian yang ternyata penggunaan telefon bimbit ketika sedang makan adalah sangat mengganggu waktu bersama keluarga.

Menurut Foodandwine, untuk meneruskan program itu, restoran makanan segera itu secara aktif masih menanti respon daripada pelanggan mereka untuk mengetahui adakah program seperti itu boleh dilakukan di cawangan mereka yang lain atau tidak. –UN

Tak Serik Kahwin, Rita Rudaini Teringin Anak Perempuan





Tidak dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun perkara tersebut tidak membuatkan dirinya serik untuk berkahwin. Malah kata Rita, dia juga menginginkan rumah tangga baru dan juga cahaya mata perempuan.


“Saya tidak serik, cuma saya tak mencari. Kehidupan saya sekarang dah selesa. Tapi kalau Tuhan hantar jodoh kepada saya, biarlah jodoh itu yang terbaik untuk anak-anak”


“Bila tengok orang mengandung, rasa seronok. Apabila tengok budak perempuan, saya suka dan teringin juga nak anak perempuan. Tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki Tuhan. Saya tak terfikir nak ambil anak angkat dan kalau boleh mahu dari zuriat sendiri,” katanya kepada portal Tonton Extra.


Buat masa ini, dua cahaya mata kesayangan Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sentiasa menemani pelakon wanita tersebut. Apa pun, jika sudah sampai jodoh nanti, pastinya tidak ke mana. (rtky/s)

Sunday, 22 October 2017

Universiti Tawar Kursus Seks Dapat Sambutan Hangat



 Pendidikan seks yang baru diperkenalkan di salah sebuah universiti di Hubei, China menjadi kursus elektif dan menjadi ‘kegilaan’ para pelajar di sana.

Kursus “Kesihatan Seks dan Budaya” yang ditawarkan oleh Wuhan University of Technology, Huaxia College itu mendapat sambutan yang luar biasa. Lebih mengejutkan, tempat yang ditawarkan penuh dalam masa beberapa saat selepas kursus itu ditawarkan.

Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat yang ditawarkan didapati menekap telinga di dinding luar kelas kerana mahu mencuri dengar perbincangan di dalam kelas.

Pensyarah mata pelajaran tersebut berkata para pelajar sebenarnya begitu ingin tahu mengenai tubuh badan mereka dan seks, tetapi mereka berasa amat malu untuk bertanyakan soalan.

Idea untuk menawarkan kursus tersebut adalah untuk memberi para pelajar pengetahuan yang tepat dan objektif mengenai topik-topik berkenaan seks dan tubuh badan mereka.

Pada tahun 2014, sekumpulan pelajar Beijing Normal University mengadakan bantahan di kampus dan meminta semua kolej di China untuk menawarkan kursus pendidikan seks.

Menurut kaji selidik 2016, 76 peratus pelajar kolej China mengatakan bahawa mereka terpaksa melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, sementara dalam kaji selidik yang sama, 10% pelajar kolej perempuan mengaku pernah melakukan pengguguran bayi.

Saturday, 21 October 2017

Jadi Popular Kerana Slogan ‘Lelaki 1,000 Janda’





Seorang lelaki mendapat jolokan ‘Lelaki 1,000 Janda’ kerana usahanya membantu wanita berusia yang kehilangan suami.

Roel Mustafa, 39, berkata, perbuatannya itu untuk meneruskan usaha arwah ibunya yang sering bermurah hati berkongsi makanan dengan rakan-rakannya.

“Ibu saya ketika itu juga sudah lama tiada suami dan sudah pasti pada usia 60-an rakannya juga ramai yang tidak mempunyai suami atau sesiapa untuk menjaga mereka.

“Arwah ibu tidak pernah berkira dan sentiasa mengongsikan apa yang kami ada bersama rakannya yang kurang bernasib baik yang tinggal berdekatan,” katanya.

Susulan itu dengan jolokan ‘Lelaki 1,000 Janda’ dia menggunakan slogan ‘menafkahi tak harus menikahi’ di akaun Facebooknya untuk menunjukkan keikhlasannya membantu golongan berkenaan.

“Sasaran saya mahu membantu 1,000 wanita warga emas seperti itu dan menginspirasikan lelaki lain yang mampu membantu supaya turut berbuat demikian.

“Daripada membazirkan wang berfoya-foya bukankah lebih baik menggunakannya untuk membantu orang lain? Tidak banyak diperlukan, cukup untuk membeli bekalan asas seperti minyak masak serta beras untuk golongan ini yang sering dipinggirkan.

“Sebenarnya satu kepuasan apabila kita membuatkan orang lain tersenyum,” katanya. – Agensi

6 Perangai Perempuan Paling Dibenci Oleh Lelaki




Kaum lelaki ni memang sempoi orangnya dan adakalanya agak selekeh. Tapi sama seperti wanita, lelaki pun sebenanrya sangat cerewet dalam memilih pasangan.

Nak cari teman hidup, bukannya sekali pandang  je terus suka. Orang tua-tua cakap, tak kenal maka tak cinta. Kenal dulu perangai, baru boleh suka ke tak.

Tak semua gadis menepati citarasa mereka. Jadi, buat gadis-gadis di luar sana jom ketahui 10 perangai perempuan yang di benci oleh kaum lelaki.



1. TERLALU GEDIK!
Lelaki menyampah dengan perempuan yang terlalu mengada-ngada dan gedik. Boleh naik rimas! dKalau manja seperti keanak-anakan mungkin boleh sabar lagi, tapi kalau pasal hal kecik pun nak merengek, boleh makan penampar jawabnya!



2. SUKA MENGARAH
Perempuan yang suka mengarah memang bukan pilihan lelaki. Bagi lelaki, maruah dan harga diri  akan jatuh jika di kawal oleh perempuan. Jadi, kalau nak hubungan tu kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat, hentikan sifat yang suka mengarah-ngarah tu.



3. BELETER TANPA HENTI
Kalau dah asyik membebel sama seperti ibunya, jangan harap si lelaki nak kekal bersama. Lelaki sukakan kedamaian, mereka paling tak suka hidup dalam keadaan tertekan.



4. BADAN & MULUT BERBAU
Walaupun lelaki agak serabai dan selekeh, mereka tidak suka pasangan mereka sama macam tu!  Bagi mereka, penting seorang gadis menjaga kebersihan diri dan tidak berbau. Mereka sangat malu mempunyai pasangan yang berbau.



5.  KUAT MENGELUH
Bila susah sikit je dah mengeluh, sekali dua mungkin si dia akan faham. Tapi kalau setakat bos suruh siapkan kerja dalam masa dua hari pon macam-macam dah cakap, itu memang dah melampau. Belum lagi nanti dah kahwin, suami suruh masak buat kerja rumah. Tak pasal-pasal lelaki kena buat semua.



6. TERLALU BERGANTUNG PADA PASANGAN
Terlalu bergantung pada pasangan juga di benci oleh lelaki. Memang lah mereka suka tunjuk ‘hero’ di depan pasangannya. Tapi, kalau setakat nak pergi kedai pun dia terpaksa hantar dan ambil itu dah menyusahkan namanya.

Undi Untuk PH Umpama Setuju Kezaliman Dr Mahathir, Kata Hadi



(FMT) – Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.

“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.

Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.

PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.

Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.

“Orang Melayu bersama PAS,” katanya. “Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti dapat undi Melayu dan kita lihat Bersatu (PPBM) dan Amanah tidak dapat menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman.”

Friday, 20 October 2017

Solat Jumaat Boleh Buatkan Wajah Lelaki Menjadi Tampan, Ye Ke?





Solat Jumaat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh golongan lelaki di setiap hari Jumaat.  Bahi menambah semangat golongan lelaki untuk pergi ke masjid, terdapat banyak ‘mame’ di media sosial yang mengatakan jika pergi solat Jumaat lelaki akan kelihatan lebih tampan.

Kewajiban untuk menunaikan solat jumaat bagi golongan lelaki telah dikatakan sendiri oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda,

Jum’at itu wajib bagi setiap Muslim untuk berjema’ah, kecuali empat (golongan), yaitu; hamba wanita, wanita, kanak-kanak dan orang sakit. (HR. Abu Dawud: 1069).

Berdasarkan hadis itu, ia jelas mengatakan bahawa solat berjemaah itu merupakan syarat wajib untuk solat Jumaat. Tetapi bagaimana pula dengan kata yang mengatakan solat Jumaat boleh membuatkan lelaki kelihatan lebih tampan?

Menurut pelbagai sumber, disebut antara balasan yang Allah SWT akan berikan kepada hambanya yang taat adalah Allah SWT akan menjadikan individu itu semakin baik dari segi batin dan zahir.

Ibnu Abbas menjelaskan yang kesan ibadat dan ketaatan dapat membuatkan wajah seseorang itu menjadi semakin cerah, hati bercahaya, rezeki bertambah dan fizikal yang kuat.

Namun, perlu diketahui dan diingati yang dunia ini hanya sementara, Allah SWT akan membalas kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh umatnya sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak.  Jadi, jika amalan ketaatan anda tidak dibalas di dunia, ia mungkin akan dibalas di akhirat nanti.

Rasulullah SAW pernah mengatakan yang pada hari Jumaat di syurga wajah lelaki mukmin akan menjadI semakin tampan. Sabda Rasulullah,

Di syurga ada pasar, yang akan dikunjungi oleh penghuni syurga setiap Jum’at.  Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka menjadi semakin indah dan tampan.  Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam keadaan bertambah indah dan tampan.


Keluarga mereka berkata, “Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.” Mereka pula berkata, “Kamu juga semakin bertambah indah dan cantik”. (HR Muslim 7342).

Jadi, ‘mame’ yang mengatakan solat jumaat boleh membuatkan lelaki menjadi semakin tampan itu tidak perlu diragui kesahihannya.  Yang perlu dibetulkan hanyalah niat seseorang itu, tujuan menunaikan solat jumaat dan ibadah yang lain adalah kerana Allah SWT dan bukannya hanya ingin kelihatan tampan. –UN

Kenapa Ibu Tidak Boleh Manjakan Anak Lelaki? [VIDEO]




Jangan sesekali mak-mak mengharamkan anak lelaki masuk dapur atau tak benarkan buat kerja-kerja orang perempuan di dapur. Sikap terlalu memanjakan anak lelaki inilah nanti akhirnya ‘merosakkan’ mereka dan hilangkan kualiti kepimpinan yang ada dalam diri anak lelaki.

Sebab itu kena biasakan anak lelaki basuh beras, lipat baju, siang ikan, potong sayur (sekadar menyebut beberapa contoh) dan tugas-tugas lain yang orang perempuan lakukan. Agar mereka lebih menghargai dan memahami kerja-kerja orang perempuan, iaitu ‘IBUNYA’.

Benar bukan mudah mendidik anak lelaki menjadi LELAKI yang kaya dengan sifat kewalian. Namun itulah amanah yang patut mak-mak terapkan sejak mereka masih kecil. Perkongsian Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam salah satu persoalan ceramahnya memaklumkan kenapa mak-mak tak boleh memanjakan anak lelaki.

Kerana kegagalan ibu memberi didikan sunnah yang sepatutnya menjadikan ‘mak-mak seorang yang zalim sebab tak dedahkan kebijaksanaan pengurusan pada anak-anak lelaki’



Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Manjakan Anak Lelaki

Persoalan penonton ceramah tentang kualiti kepimpinan lelaki hari ini yang makin berkurang, berbanding wanita yang lebih cemerlang membuka topik mengapa mak-mak tak boleh memanjakan anak-anak lelaki mereka.

1. Kerja-kerja Orang Perempuan Inilah Sebenarnya Tugasan Wajib Anak Lelaki
Hasil pemerhatian ustazah, kaum wanita tak mendidik anak lelaki sebagaimana sepatutnya. Mak-mak banyak memberi ‘excuse’ dan pelepasan pada anak lelaki. Contoh mudah: ketika di rumah, siapa yang memasak nasi? Anak lelaki atau perempuan. Kenapa ‘masak nasi’ jadi penting? Sebab urusan memasak nasi, membasuh pinggan malah menghidang sepatutnya dijuarai oleh anak lelaki.

2. Kerja Renyah Ini Kelak Melahirkan Anak Lelaki Yang Hebat
“Saya terbuka mata bila berjumpa dengan seorang tokoh ibu mithali di Muar. Belia mempunyai 10 orang anak. Yang mana, 9 lelaki dan seorang perempuan. Tetapi anak perempuannya meninggal dalam usia muda.

“Ibu ini tiada pilihan melainkan mendidik anak-anak lelakinya dengan kerja-kerja memasak, menyapu, mengelap, membasuh malah menyidai kain. Akhirnya ibu ini telah melahirkan anak-anak bekerjaya doktor, engineer dan sebagainya.” ujar Ustazah Isfadiah lanjut.

Dalam satu kisah yang lain, ustazah berkongsi bagaimana cerewetnya seorang doktor lelaki yang terbiasa dengan kerja-kerja orang perempuan ini. Namun, akhirnya dia menjadi seorang lelaki yang bermanfaat.

“Doktor ini berkahwin dengan kawan baik saya. Ketika dalam satu majlis dan mahu merakam gambar, dia minta bantuan budak lelaki usia dalam 9 ke 10 tahun untuk tangkap gambar kami. Kali pertama budak itu ambil, dia kata ‘kenapa jambul pakcik tak masuk’. Tangkap lagi, ‘ni makcik sekerat’, seterusnya, dia kata ‘Aii.. gelap’ Dekat 5 minit dia minta budak tu ambilkan gambar, sampai jadi.

Apa yang saya belajar? Walaupun doktor ini cerewet dalam 5 minit berurusan dengan anak kecil tadi, akhirnya anak kecil ini belajar sesuatu. Dia belajar macam mana nak tangkap gambar dengan ‘angle’ yang baik.

Rupanya doktor ini memang sudah biasa dengan kerja-kerja di rumah, dan itulah yang menjadikan dia cerewet. Sebab dia tau apa yang baik.. ini kerana dia dah biasa buat kerja-kerja yang cerewet.

3. Agar Anak Lelaki Jadi Suami Yang Tahu Jenis-jenis Nafkah Di Rumah
Siapa penjaga nafkah dalam rumah.. kalau bukan lelaki. Tetapi adakah anak lelaki ini didedahkan dengan jenis-jenis nafkah yang ada di rumah. Sebab itulah dia kena tahu masak nasi, supaya bila dah berkahwin nanti dia tahu adakah beras masih ada lagi atau tidak, kalau isteri goreng ikan hangus pun dia tahu. Dia tahu barang rumah ada lagi atau tiada. Bukannya tahu-tahu balik rumah, minta makanan dan tunggu semua terhidang.

Biasakan anak tuang sukatan ‘pot’ beras. Biarkan dia biasa dan faham dengan urusan beras. Nanti bila sampai bab zakat, dia faham konsep cupak.

Ustazah Isfadiah juga lakukan eskperimen ada anak lelakinya: Biasakan anak lelakinya mencatat barang keperluan di rumah.Dan nyatakan apa yang kurang. Mula-mula memang anak lelakinya kekok, dengan bantuan kakak mereka dapat mencatat setiap barangan yang makin berkurang.

“Sampai suatu ketika saya tidak sempat membeli. Pulang pun dah malam. Anak dah catat barang yang tiada. Malam itu dalam jam 12, anak kejutkan ayahnya. Maklumkan banyak barang dah habis. Bila ayah kata beli esok, dia pula susah hati sebab telur habis. Nanti macam mana nak buat sarapan? Sebab nak layankan dia, tengah malam itu juga pergi 7E beli barang.”

Sebab itu kena biasakan anak-anak dengan kerja rumah. Biar dia menyapu, lipat baju, basuh baju. Kalau kotor beri tips macam mana nak bersihkan daki. Dengan bantuan tip yang mak beri, anak takkan jadi putus asa. Bila masuk asrama, ilmu tu jadi berguna.

Tidaklah nanti hujung minggu bawa pakaian kotor minta mak basuhkan. Bila dah terbiasa buat kerja rumah, anak akan belajar hargai penatnya kerja orang perempuan. Dia jadi memahami betapa renyahnya ‘depatment’ dapur itu.

4. Urusan Berkaitan Dapur Itu Budaya Sunnah
Nak buang manja dalam diri anak lelaki memang sukar, sebab cara ini bukan budaya kita. Tapi mak-mak, ini adalah budaya sunnah. Rasulullah SAW dulu seorang anak yatim. Baginda dah biasa uruskan keperluan untuk diri.

Sebab itu, ditegaskan lagi anak lelaki jangan dimanja-manjakan sangat. Nak memasak ayam, kena keluarkan dari peti ais, potong, bersihkan.. semua itu ada stepnya. Proses ini mengajar mereka menjadi SABAR. Inilah sunnah nabi, Saidina Abu Bakar sendiri perah susu kambing untuk ahli keluarganya.

5. Melatih Anak Lelaki Sentiasa Ingat Dengan Mak Ayahnya
Mulakan dengan menyendukkan nasi dekat mak ayah. Kenapa senduk nasi? Bayangkan anak itu belajar kejuruteraan dan pergi ke Jepun. Bila dia biasa senduk nasi untuk mak ayahnya. Waktu nak makan, pasti anak akan terkenangkan mak ayah.

Dia terfikir, ‘Mak dah makan ke belum?’ Sebab sebelum ini dia dah biasa senduk nasi untuk mak ayahnya. Momen itu akan menyentuh emosinya. Apabila dia dah berumah tangga kelak, dia akan ingat mak ayah dan hulurkan duit untuk mak ayah.

Dia tahu penat lelah orang tuanya. Sayangnya, hari ini semua tumpuan itu diberikan pada anak perempuan. Anak perempuan tak boleh bangun lewat, sebaliknya anak lelaki tak boleh masuk dapur. Betulkan kembali budaya ini maka akan lahirlah anak lelaki berkepimpinan sebagaimana hebatnya anak perempuan.

Dalam membentuk mereka menjadi pemimpin, yang membezakannya adalah anak perempuan kena dibangunkan sifat malu. Manakala anak lelaki bangunkan sifat kewalian (sifat hero) dalam diri mereka.

Tapi mak-mak banyak terlepas pandang. Patut hal ini diambil peduli. Takut Allah kata ‘kamu zalim sebab tak dedahkan kebijaksanaan pengurusan pada anak-anak lelakimu’

Usah Zalim, Didiklah Anak-anak Lelakimu

Sebagaimana Allah berfirma dalam surah An-nisa Ayat 9,



Maka mak-mak bertakwalah kepada Allah, didiklah anak-anak agar tidak menjadi bebanan kepada masyarakat.



Mahu Rasa Cinta Pasangan? Cuba Tundukkan Ego Dengan Cara Ini....





Pernah tak tanya dekat diri sendiri, kenapa agaknya isteri degil, tak dengar cakap suami. Bila suami tegur, hilang rasa hormat dan taat. Di pihak isteri pula, tertanya-tanya tak? Kenapalah suami tak setia, curang dengan isteri.

Sukar sangatkah mencari bahagia pasangan suami isteri? Dalam perkongsian video Coach Ehati, Puan Diyana Tahir dan suaminya, Coach Rahim Shukor menjelaskan bagaimana mahu menundukkan ego pasangan baik suami mahupun isteri.

Tundukkan pasangan ini bukanlah dalam konteks yang tidak baik. Sebaliknya menundukkan ego pasangan agar masing-masing dapat merasai kehadiran cinta. Selanjutnya, hubungan suami isteri menjadi lebih bahagia.

“Kami pernah melalui benda yang sama. 14 tahun berkahwin melalui satu saat yang sukar. Hari-hari bergaduh dan hampir berpisah. Sampailah apabila kami ubah perhubungan dan belajar keegoan masing-masing barulah akhirnya kami faham dan tahu bagaimana mahu menjaga pantang larang itu.

Setelah pasangan ini belajar dan memahami keegoan pasangan, barulah romantik itu terbina. Deep connection itu terjalin dengan rasa ikhlas dan jadi rendah hati terhadap pasangan.

Cara Tundukkan Ego Isteri Degil, Suami Tak Setia

1. Kenal Kunci Hati Pasangan
Dalam hati suami mahupun isteri ada keegoan masing-masing. Sebab itu setiap daripada kita kena tahu yang pasangan kita itu asalnya adalah dari bayang fitrah. Yang mana, kita semua ini asalnya dipenuhi dengan kasih sayang. Malah sangat berkasih sayang.

Lihat saja kelahiran seorang bayi. Apabila kita pandang bayi terus jatuh kasih. Tengok bayi pun tenang. Sifat bayi itu sendiri amat patuh. Sebenarnya dulu pun kita pernah jadi seorang bayi. Penuh dengan sifat kasih sayang. Pasangan kita pun sama.. pernah jadi bayi.

Akhirnya fitrah kasih sayang itu hilang sedikit demi sedikit, mungkin disebabkan trauma mahupun cabaran hidup yang mereka lalui ketika membesar. Dari situlah keegoan jadi tinggi, membentuk kesalah fahaman yang kadang sukar untuk pasangannya mengertikan.

Tanpa sedar, ego ini menjadikan diri pasangan sombong dan degil. Dan ada 3 jenis ego yang boleh menyebabkan pasangan tersinggung dan berkecil hati. Bila kenal ego pasangan, ia membantu anda menjadi lebih baik.

2. Kenal Ego Pasangan

Ego Ingin Berkuasa

Suami atau isteri yang ada jenis ego ini mahu pasangannya ikut cakap dia. Dia mahu control semua benda. Pantang bagi dia bila pasangan tak nak ikut dan langgar aturannya. Sebab itulah, bila egonya tersentuh, dia tersinggung dan jadi tak taat mahupun tak setia.

Ego Mahu Disukai

Ada pasangan yang mahu dihargai. Bila pantang larang ini dilanggar. Isteri atau suami tak peduli, tak nak hargai, tak memuji atau tak ambil berat. Hatta tak ucap terima kasih atau asyik mengkritik, ia akan mencabar keegoannya. Barangkali dia dibesarkan dengan kurang kasih sayang.

Jadi dia mengharapkan pasangan memberinya kasih sayang. Jika sebaliknya yang dia dapat, tersinggung dan terganggulah dia. Lagi parah, bila penghargaan dan pujian itu dia boleh dapat daripada orang luar atau rakan pejabatnya. Itu yang akhirnya pasangan jadi tak setia.

Ego Untuk Selamat

Dalam kes ini, pasangan jenis semua benda dia nak jaga. Seorang yang terlalu berhati-hati. Jadi bila pasangan langgar pantangnya dengan terlalu berahsia, tak berterus terang dengannya. Dia akan jadi tersinggung. Dia rasa takut, rasa tak selamat. Sebab itu jangan sorokkan apa-apa dengan pasangan yang egonya begini.

3. Fahami Kunci Tubuh Pasangan
Sebenarnya setiap pasangan suami isteri ada cara yang betul ketika mahu ‘bersama’ pasangannya. Hubungan intim pun perlu ada ilmu. Sebabnya ada juga hubungan intim yang boleh menyebabkan hormon cinta itu hilang jika dilakukan dengan cara yang salah. (Info lanjut coach Diyana terangkan dalam video)

Sembuhkan Keegoan Pasangan Yang Dah Tersinggung
Nak menurunkan keegoan pasangan ini ada 3 hal yang perlu suami isteri perhatikan. Anda boleh praktikkan kerana caranya bukanlah sesukar mana.

1. Hargai Pasangan Walau Sekecil-kecil Perkara
Hargai pasangan yang ada ego mahu disukai itu. Selalulah bercakap dengannya, puji, ucapkan terima kasih walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Jika sebelum ini dia selalu marah-marah. Tiba-tiba suatu hari itu, moodnya baik, pujilah dengan rasa bahagia bila suami anda tidak marah. Jangan buat tak tahu atau perli.

Inilah kesilapan yang ramai wanita dan suami lakukan. Tak memuji pasangan. Lawan kelukaan dengan kelembutan. Isteri yang terluka, bila dia mula mengucapkan syukur, fokus dengan kebaikan suami maka kebahagiaan yang akan diperoleh. Sebab rupanya itulah yang suami mahukan.

benda ini nampak mudah. Tapi ianya PENTING! Ada pasangan yang mengakui rupa-rupanya suaminya selama ini nak sangat pujian daripada isterinya. Sebab itulah dia selalu berwhatsap dengan perempuan lain, sebab isteri tak menghargainya.

2. Support Impian Pasangan
Jika pasangan ada plan, projek bisnes misalnya. Berilah sokongan. Bagi semangat dengan sepenuh perhatian. Berjaya atau gagal, anda tetap bersama. it’s Ok. Suami itu akan kekal setia. Kalau suami support impian isteri, isteri pun akan taat dengan impian suaminya.

3. Sentiasa Di Sisi Pasangan
Walaupun dia buat salah, sedih atau gembira, tetaplah menjadi sahabat setianya. Jangan jadi orang pertama yang menyalahkan atau kondem apatah lagi meninggalkannya. Kadangkala pasangan suami isteri itu sentiasa bersama tapi mereka tiada connection.

Minda bawah sedar mereka akan berkata-kata ‘bila saya sedih, awak tak jaga, kenapa saya nak dengar cakap awak’. Isteri akan rasa tak hormat pada suami sebab suami tak hormat perasaan isteri. Lebih sedih bila isteri kena uruskan perasaan dia sendiri.. menguruskan perasaannya yang serabut itu.

Sebab itu, pentingnya untuk suami sentiasa berada di sisi suami. Dengan sendirinya ego pasangan akan dapat ditundukkan.


Sumber/Foto : Facebook Diyana Tahir/Mingguanwanita

Mahathir Dicabar Pulangkan Semula Darjah Kebesaran





Persa­tuan Bugis Johor mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan semula Darjah Kebesaran yang pernah diterimanya daripada Sultan Johor.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu harus berbuat demikian kerana Sultan Johor adalah berketurunan dan berdarah Bugis.

“Jadi kita cabar dia untuk serahkan semula darjah tersebut kepada Tuanku kerana menghina orang Bugis serta Sultan Johor dan sultan-sultan berketurunan Bugis,” katanya dalam sidang akhbar di Taman Pasir Emas di sini semalam.

Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Kenyataan tersebut mengakibatkan banyak pihak terutama mereka yang berketurunan Bugis tersinggung sambil menyifatkan negarawan itu menjatuhkan maruah masyarakat tersebut.

Mengulas lanjut, Awang berkata, kenyataan Bugis sebagai lanun itu benar-benar mengguris dan perkataan terhina bagi masyarakat tersebut sekali gus mendesak permohonan maaf atas keceluparannya.

“Kami mendesak Tun Dr. Mahathir memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenya­taan itu sebagai satu tuntutan yang mulia dalam Islam.

“Kita lihat dengan permohonan maaf ini dapat mengendurkan ketegangan yang bukan hanya kepada masyarakat Bugis di negara ini sebaliknya saudara Bugis se­perti di Indonesia yang sama-sama turut tersinggung,” katanya.

Beliau mendakwa, terdapat kira-kira enam juta orang berketurunan Bugis di rantau ini.



Sumber – Utusan

Bos Lama SPRM Juga Difitnah 'Happy Ending' Di Rumah Urut, Kata Wartawan Veteran




Fitnah terhadap Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad bukanlah serangan pertama terhadap badan berkanun membanteras rasuah negara kerana bos lama SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga menerima nasib sama.

Wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan berkata, Abu Kassim ketika bertugas sebagai Pesuruhjaya SPRM sebelum ini dituduh berhibur di sebuah pusat kesihatan menggunakan wang rakyat, ditemani tiga pegawai dari SPRM.

Tuduhan digembar-gemburkan oleh blogger Din Merican itu kata Ahirudin kemudiannya didapati tidak benar.

"Mengimbas kembali, mungkin sebuah pasukan khas perlu diwujudkan dahulu. Ianya akan secara rasmi membersihkan nama Abu Kassim daripada tuduhan dan menghukum penuduh sewajarnya kerana cuba memalukan dan menjatuhkan reputasu SPRM.

"Ianya akan menjadi penghalang kepada sesiapa yang cuba memfitnah mereka yang mengepalai institusi awam penting seperti SPRM, polis, Pejabat Peguam Negara (AGC), (institusi) kehakiman, dan sebagainya.

"Ianya juga sebagai peringatan kepada mereka yang mengetuai institusi ini bahawa mereka tertakluk dibawah pengawasan sepertimana orang lain," ujar Ahirudin dipetik blognya, Rocky Bru.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas menyiasat tuduhan terhadap Dzulkifli

Ujar Apandi, tuduhan mempunyai hubungan sulit bersama wanita bersuami adalah kesalahan serius dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Justeru itu, Ahirudin memuji inisiatif oleh Apandi untuk membersihkan nama Dzulkifli ekoran ianya melibatkan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Bagi saya, ianya akan memberi Ketua Pengarah SPRM Dzulkifli Ahmad peluang untuk mempertahankan nama baiknya. Dan ia bermakna beliau tidak perlu melakukannya bersendirian.

"Dan sekiranya penuduh-penuduhnya tidak boleh membuktikan tuduhan mereka, maka hukuman berat perlu dikenakan ke atas mereka," tegasnya.

Selain itu, imej SPRM sebagai sebuah badan membanteras rasuah di Malaysia juga tidak akan dirosakkan dengan tuduhan berat terhadap ketua badan berkanun berkenaan, tambah Ahirudin.

Dzulkifli sebelum ini dituduh menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita yang kemudiannya didakwa menjadi punca kepada penceraian wanita berkenaan dengan suaminya.

Wanita berkenaan menerusi kenyataannya menafikan mempunyai hubungan sulit bersama Dzulkifli.

Penganalisis menyifatkan tuduhan terhadap Dzulkifli adalah cubaan melemahkan semangat Ketua Pengarah SPRM yang kini tangkas membanteras aktiviti rasuah terutama dalam kalangan pembangkang.

- mD

Jururawat Lelaki Lakukan Seks Dengan Mayat




JIJIK…seorang suami terkejut apabila mendapati seorang jururawat lelaki sedang melakukan seks dengan mayat isterinya ketika dia mahu menatap wajah si isteri untuk kali terakhir di hospital.

Kejadian berkenaan berlaku di Hospital de Clinicas di La Paz, Bolivia. Melihat keadaan itu, si suami telah membelasah jururawat berkenaan yang dikenali sebagai Grover Macuchapi, 27.




“Ia berlaku selepas sejam pesakit meninggal dunia dan telah dihantar ke rumah mayat di hospital itu. Pada masa itu, suaminya menyelesaikan bayaran hospital.

“Tidak lama kemudian selepas semua urusan hospital selesai, si suami ke rumah mayat dan mendapati jururawat lelaki itu sedang melakukan seks dengan mayat isterinya,’’ kata polis.

Manakala si suami ketika ditemubual wartawan berkata dia membelasah jururawat lelaki itu yang ketika itu tidak memakai seluar.

Pada Mei lepas, polis di Argentina telah berdepan dengan kes yang sama di mana seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam bilik mayat hospital dan melakukan seks dengan mayat seorang wanita.

Kejadian itu disedari oleh kakitangan hospital apabila melihat suspek menarik keluar mayat yang disimpan di dalam tempat sejuk dan sedang berdiri di sebelah mayat itu sambil seluarnya dilondehkan ke kaki.

Lelaki itu dikatakan berbuat demikian kerana mempunyai fantasi seks yang pelik. – MYNEWSHUB.CC




VIDEO : Tinggal Dalam Hutan Kerana Tak Tahan Dengan Bebelan Isteri





BOSAN dengan isteri yang kuat membebel, lelaki ini mempunyai cara untuk mengelakkan bebelan itu. Dia telah membungkus kain baju dan terus masuk ke dalam hutan.

Kini sudah 10 tahun Malcolm Applegate, 62, menetap di dalam hutan.

“Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tapi malangnya ini yang berlaku. Saya bertemu dengannya di Birminghan.

“Selama tiga tahun semuanya ok, tetapi dia mula berubah apabila saya bekerja lebih masa sebagai tukang kebun dan ini menyebabkan kami bertengkar,’’ katanya yang meninggalkan isterinya secara diam-diam.

Dia kemudiannya berkhemah di dalam hutan berhampiran Kingston dan ketika itu hanya ada tiga orang sahaja yang berkhemah di situ.

“Mereka berkhemah dekat dengan saya kerana ketika itu saya bekerja sebagai tukang kebun di pusat komuniti orang tua di kawasan berhampiran hutan tersebut.

“Kami mandi dan membasuh di pusat itu,’’ katanya.

Malcolm berkata selepas sekian lama cuba bertahan dalam perkahwinan berkenaan, dia memutuskan untuk keluar dari perkahwinan itu dan menghilangkan diri selama 10 tahun.

“Tanpa sepatah perkataan, saya tinggalkan semua,’’ katanya. Malcolm juga terputus hubungan dengan kakaknya hinggakan wanita itu menyangka Malcolm telah meninggal dunia.

Namun kini Malcolm telah keluar dari persembunyiannya dan sudah bertemu semula dengan kakaknya. – MYNEWSHUB.CC



Ketika Mahathir Kutuk Bugis, Jokowi Bangga Berbusana Bugis




Kisah keceluparan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina etnik Bugis turut mendapat liputan luas media Indonesia, negara asal suku kaum tersebut sendiri.

Bahkan berita beliau ejek Bugis sebagai bangsa lanun suka rompak bagi mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berasal kaum itu dilaporkan akhbar dan stesen televisyen tempatan secara besar-besaran.

Nyata kebiadaban Mahathir ketika berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu yang jelas tiada permit pihak polis itu, juga amat dikesali oleh warga Indonesia sendiri.

“Mungkin kerana dia (Najib) asal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis!” katanya dalam himpunan haram itu yang gagal mendapat sambutan apabila cuma dihadiri 4,000 peserta.

Ramai penganalisis politik antarabangsa melihat ungkapan kurang ajar Mahathir itu bagi mengalihkan perhatian penyokong pembangkang yang sebelum ini pernah mengejek beliau sebagai Mamak Madey Kutty dari Kerala, India.

Untuk rekod, bekas presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie yang dianggap ‘genius’ kejuruteraan industri penerbangan dan naib presidennya ketika ini, Jusuf Kalla juga merupakan etnik Bugis serta berasal dari Sulawesi.

Manakala selain Najib, Sultan Johor dan kerabatnya turut berasal keturunan Bugis sehingga ada baju-T penyokong pasukan bola sepak JDT yang memaparkan perkataan ‘Lanun’ dan lambang seperti filem Pirate of the Caribbean.

Bahkan ramai artis antaranya aktres Lisa Surihani dan penyanyi Ziana Zain di samping tokoh korporat, politik, akademik dan ilmuwan agama waima Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri susur salasilahnya juga ialah orang Bugis.




Bagaimanapun di Indonesia, kehebatan masyarakat Bugis bukan sekadar bijak dalam pelbagai bidang hebat, malah Presiden Joko Widodo atau mesra disapa sebagai Jokowi turut berbangga mengenakan busana suku kaum tersebut.

Lebih unik, beliau yang berketurunan Jawa, memakai pakaian adat etnik Sulawesi itu ketika hadiri sidang tahunan Majelis Permusyawaratan Rakyat di Gedung Nusantara, Kompleks Parlimen, Senayan di sini baru-baru ini.

Foto Jokowi tampil tidak kekok berbusana Bugis yang disiarkan media tempatan secara meluas turut tular dalam kalangan netizen yang memuji sikap keterbukaan beliau sendiri tidak diskriminasi mana-mana etnik di Indonesia.

Begitulah penghormatan diberikan Jokowi kepada komuniti Bugis yang terkenal dalam sejarah sebagai pahlawan pejuang gagah berjasa mengusir penjajah sehingga dihina pihak kolonial Belanda dengan gelaran negatif – lanun!

Justeru memang wajarlah ucapan celupar Mahathir itu meskipun untuk hina Najib, namun mengaitkan suku kaum tersebut dengan gelaran jelik, akhirnya dikecam keras oleh pelbagai badan mewakili etnik Bugis di seluruh Malaysia.

Ingatlah sepanjang 22 tahun beliau memerintah Malaysia secara ‘keras’, masyarakat Bugis inilah yang teguh sokong kepimpinan dirinya tetapi kini mereka dihina teruk seperti habis madu sepah pula dibuang! – Mynewshub.cc/HAA

Tuesday, 17 October 2017

Hafiz Hamidun Anggap Joy Revfa Ada Masalah Mental





Bagi mendapatkan komen lanjut mengenai kes rumah tangganya bersama Joy Revfa, wartawan program hiburan Melodi telah bertanyakan komen lanjut Hafiz mengenai apa yang sudah berlaku. Dilihat tidak dapat menahan kesabarannya lagi, Hafiz dalam nada tegas menganggap Joy mempunyai masalah mental kerana kerap menjaja cerita negatif mengenai dirinya lebih-lebih lagi dalam satu sidang media yang dilakukan oleh Joy sebelum ini.

Hafiz tidak mempunyai niat untuk bersikap kurang ajar tetapi sebelum ini beliau sudah berkali-kali meminta Joy menyelesaikan masalah mereka secara baik tetapi ia tidak diendahkan oleh isterinya itu. Hafiz juga tidak mahu masyarakat salah anggap bahawa beliau mahukan publisiti murahan.

Nak bercakap sedap, bila orang suruh explain, buat bahasa-bahasa macam tu. Kau ni kenapa? Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati. Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi. Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak. Saya kenal kamu cara baik dan kita patut jalankan perkara ini dengan cara baik.




Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cari cara berdamai, come on jangan menipulah. Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini. Bagus saya cepatkan dan saya akhirkan dengan penceraian.




Sebaik mana pun seseorang janganlah dicabar kesabaran mereka. Kalau dah meletup memang tidak akan peduli apa yang berlaku. Ada baiknya perihal rumah tangga menjadi rahsia suami isteri sahaja.




Sumber Berita : Media Hiburan

Siapa Mahu ‘Kenakan’ Pegawai Kanan SPRM?




Spekulasi sedang tersebar bahawa terdapat dalang yang cuba menjatuhkan pegawai kanan SPRM dengan dakwaan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Khabar angin itu mulai tersebar susulan sebuah video mendakwa bahawa kedua-dua mereka beradu asmara di pulau Bali, Indonesia pada bulan Julai.

Video itu juga mendedahkan butiran penerbangan wanita tersebut serta maklumat daftar masuk pasangan berkenaan di sebuah hotel di Bali.

Berita Harian memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk mendakwa pihak yang sudah panas duduk akibat ketegasan SPRM dalam memerangi rasuah adalah dalang di sebalik video berkenaan.




"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan.

"Semua itu bertujuan untuk mengugut (pegawai itu) dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu,” katanya.

Akhbar itu juga dua hari lalu memetik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tunku Ibrahim sebagai berkata,"pegawai kanan" tersebut adalah mangsa politik.

"Selama ini banyak pihak terutama pembangkang mengadu SPRM hanya tangkap ikan bilis bukan ikan jerung, tetapi di bawah (pegawai kanan itu), SPRM tidak begitu.

“Setiap hari, setiap minggu ada saja individu yang ditahan kerana korupsi dibawa ke muka pengadilan.





"Ramai ahli politik korup tidak senang duduk, jadi mereka mahu jatuhkan beliau dengan persoalkan moral melalui skandal. Perkara ini dibuat untuk menjatuhkan individu, menjejaskan reputasi dan kredibiliti supaya orang memandang remeh SPRM," kata Tunku Aziz.

Sementara itu, penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin pula membuat spekulasi bahawa parti pembangkang seperti Parti Warisan Sabah adalah di sebalik kempen "kotor itu" kerana siasatan SPRM mensasarkan pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Pengarang berita kanan Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar, dalam satu rencana hari ini, menawarkan perspektif berbeza dengan membuat spekulasi bahawa tauke perjudian haram mendalangi kempen itu untuk menumbangkan pegawai kanan berkenaan.





“Selama ini, kegiatan jahat mereka bermaharajalela kerana segala-galanya sentiasa dilindungi sama ada melalui amalan rasuah atau ‘mencampakkan’ wang haram melalui aktiviti judi untuk ‘dibersihkan’ ke dalam pelbagai perniagaan dan perkilangan.

“Berselindung di sebalik sektor korporat dan bersedia memberi sumbangan adalah taktik-taktik yang digunakan oleh ‘tauke-tauke’ judi dan ada antara mereka berpangkat ‘Tan Sri, Datuk’ atau ‘Datuk Seri’.

“Situasi inilah yang memungkinkan sindiket judi agak sukar untuk dilumpuhkan selama ini kerana mereka berselindung di sebalik aktiviti bersih untuk menutupi kegiatan haram,” katanya.

Justeru, menurut Zulkiflee, apabila mereka melihat SPRM begitu bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan salah guna kuasa, maka sindiket dan konco-konco mereka dalam agensi penguat kuasa tidak dapat duduk diam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini, berkata polis sedang menyiasat aduan yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan dari SPRM mengenai dakwaan itu setakat ini tidak berjaya.



- Malaysiakini

Kasih Seorang Ayah Tidak Pernah Putus




KASIH SEORANG AYAH TIDAK PERNAH PUTUS

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda baginda YAM Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim di perkarangan makam berkenaan pada pukul 7.30 pagi tadi (17 Okt), disambut oleh Imam Makam Diraja, Masri Sapiran @ Sapuan.

Baginda akan meluangkan masa menziarahi makam anakanda Almarhum Tunku Abdul Jalil itu setiap pagi kecuali mempunyai urusan di luar negara.

Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati ketika berusia 25 tahun.

Upacara di Makam Diraja dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti bacaan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan al-Nas, sebelum diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa.

Tuanku Sultan Ibrahim dilihat sebak sebelum menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam anakanda baginda.









Kredit Sultan Johor Page