Friday, 20 October 2017

Ketika Mahathir Kutuk Bugis, Jokowi Bangga Berbusana Bugis




Kisah keceluparan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina etnik Bugis turut mendapat liputan luas media Indonesia, negara asal suku kaum tersebut sendiri.

Bahkan berita beliau ejek Bugis sebagai bangsa lanun suka rompak bagi mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berasal kaum itu dilaporkan akhbar dan stesen televisyen tempatan secara besar-besaran.

Nyata kebiadaban Mahathir ketika berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu yang jelas tiada permit pihak polis itu, juga amat dikesali oleh warga Indonesia sendiri.

“Mungkin kerana dia (Najib) asal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis!” katanya dalam himpunan haram itu yang gagal mendapat sambutan apabila cuma dihadiri 4,000 peserta.

Ramai penganalisis politik antarabangsa melihat ungkapan kurang ajar Mahathir itu bagi mengalihkan perhatian penyokong pembangkang yang sebelum ini pernah mengejek beliau sebagai Mamak Madey Kutty dari Kerala, India.

Untuk rekod, bekas presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie yang dianggap ‘genius’ kejuruteraan industri penerbangan dan naib presidennya ketika ini, Jusuf Kalla juga merupakan etnik Bugis serta berasal dari Sulawesi.

Manakala selain Najib, Sultan Johor dan kerabatnya turut berasal keturunan Bugis sehingga ada baju-T penyokong pasukan bola sepak JDT yang memaparkan perkataan ‘Lanun’ dan lambang seperti filem Pirate of the Caribbean.

Bahkan ramai artis antaranya aktres Lisa Surihani dan penyanyi Ziana Zain di samping tokoh korporat, politik, akademik dan ilmuwan agama waima Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri susur salasilahnya juga ialah orang Bugis.




Bagaimanapun di Indonesia, kehebatan masyarakat Bugis bukan sekadar bijak dalam pelbagai bidang hebat, malah Presiden Joko Widodo atau mesra disapa sebagai Jokowi turut berbangga mengenakan busana suku kaum tersebut.

Lebih unik, beliau yang berketurunan Jawa, memakai pakaian adat etnik Sulawesi itu ketika hadiri sidang tahunan Majelis Permusyawaratan Rakyat di Gedung Nusantara, Kompleks Parlimen, Senayan di sini baru-baru ini.

Foto Jokowi tampil tidak kekok berbusana Bugis yang disiarkan media tempatan secara meluas turut tular dalam kalangan netizen yang memuji sikap keterbukaan beliau sendiri tidak diskriminasi mana-mana etnik di Indonesia.

Begitulah penghormatan diberikan Jokowi kepada komuniti Bugis yang terkenal dalam sejarah sebagai pahlawan pejuang gagah berjasa mengusir penjajah sehingga dihina pihak kolonial Belanda dengan gelaran negatif – lanun!

Justeru memang wajarlah ucapan celupar Mahathir itu meskipun untuk hina Najib, namun mengaitkan suku kaum tersebut dengan gelaran jelik, akhirnya dikecam keras oleh pelbagai badan mewakili etnik Bugis di seluruh Malaysia.

Ingatlah sepanjang 22 tahun beliau memerintah Malaysia secara ‘keras’, masyarakat Bugis inilah yang teguh sokong kepimpinan dirinya tetapi kini mereka dihina teruk seperti habis madu sepah pula dibuang! – Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci