Saturday, 21 October 2017
6 Perangai Perempuan Paling Dibenci Oleh Lelaki
Kaum lelaki ni memang sempoi orangnya dan adakalanya agak selekeh. Tapi sama seperti wanita, lelaki pun sebenanrya sangat cerewet dalam memilih pasangan.
Nak cari teman hidup, bukannya sekali pandang je terus suka. Orang tua-tua cakap, tak kenal maka tak cinta. Kenal dulu perangai, baru boleh suka ke tak.
Tak semua gadis menepati citarasa mereka. Jadi, buat gadis-gadis di luar sana jom ketahui 10 perangai perempuan yang di benci oleh kaum lelaki.
1. TERLALU GEDIK!
Lelaki menyampah dengan perempuan yang terlalu mengada-ngada dan gedik. Boleh naik rimas! dKalau manja seperti keanak-anakan mungkin boleh sabar lagi, tapi kalau pasal hal kecik pun nak merengek, boleh makan penampar jawabnya!
2. SUKA MENGARAH
Perempuan yang suka mengarah memang bukan pilihan lelaki. Bagi lelaki, maruah dan harga diri akan jatuh jika di kawal oleh perempuan. Jadi, kalau nak hubungan tu kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat, hentikan sifat yang suka mengarah-ngarah tu.
3. BELETER TANPA HENTI
Kalau dah asyik membebel sama seperti ibunya, jangan harap si lelaki nak kekal bersama. Lelaki sukakan kedamaian, mereka paling tak suka hidup dalam keadaan tertekan.
4. BADAN & MULUT BERBAU
Walaupun lelaki agak serabai dan selekeh, mereka tidak suka pasangan mereka sama macam tu! Bagi mereka, penting seorang gadis menjaga kebersihan diri dan tidak berbau. Mereka sangat malu mempunyai pasangan yang berbau.
5. KUAT MENGELUH
Bila susah sikit je dah mengeluh, sekali dua mungkin si dia akan faham. Tapi kalau setakat bos suruh siapkan kerja dalam masa dua hari pon macam-macam dah cakap, itu memang dah melampau. Belum lagi nanti dah kahwin, suami suruh masak buat kerja rumah. Tak pasal-pasal lelaki kena buat semua.
6. TERLALU BERGANTUNG PADA PASANGAN
Terlalu bergantung pada pasangan juga di benci oleh lelaki. Memang lah mereka suka tunjuk ‘hero’ di depan pasangannya. Tapi, kalau setakat nak pergi kedai pun dia terpaksa hantar dan ambil itu dah menyusahkan namanya.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci