Monday, 23 October 2017

McDonalds Singapura Perkenal Loker Telefon Bimbit Untuk Simpan Telefon Pelanggan



Sudah menjadi satu pemandangan yang biasa untuk melihat semua orang tidak kira tua, muda, lelaki atau wanita sentiasa sibuk dengan telefon bimbit di tempat-tempat awam. Malah, kanak-kanak juga tiada bezanya, semua hanya fokus melihat ke skrin telefon sahaja.

Agak menyedihkan apabila melihat satu keluarga atau kawan-kawan yang dahulunya akan saling bergurau dan berbual antara satu sama lain, menjadi diam kerana sibuk dengan telefon; bermesej, main permainan, selfie atau merakam video untuk dimuat naik di akaun media sosial masing-masing.

Dan, disebabkan fenomena ‘tidak berdunia’ itu, sebuah restoran makanan segera di Singapura, McDonald Marine Cove telah membuat satu program iaitu “Family Playdate” yang mencadangkan pelanggan untuk mengabaikan telefon mereka supaya memberi tumpuan ketika makan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Di restoran makanan segera itu, pelanggan perlu meletakkan telefon bimbit mereka ke dalam sebuah loker konvesional, iaitu loker lutsinar lengkap dengan kunci. Selepas selesai makan, pekarja disitu akan mengingatkan pelanggan supaya mengambil telefon bimbit mereka yang ada di dalam loker.

Pihak restoran itu juga berharap dengan adanya program itu, mereka dapat memberi sedikit bantuan dalam mengurangi fenomena sosial itu. Menurut kajian yang dilakukan oleh McDonalds sendiri, lebih daripada 90% ibu bapa dan kanak-kanak mesti akan mengunakan telefon bimbit tidak kira dimana mereka berkumpul.

Meskipun, ibu bapa tahu fakta yang perbuatan itu boleh mengurangkan interaksi mereka dengan anak mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka juga mahu anak mereka lebih berdisplin dengan menjauhkan mereka dari gangguan digital.

Sebagai salah satu destinasi restoran kegemaran untuk ramai keluarga, kami sendiri telah membuat penilaian yang ternyata penggunaan telefon bimbit ketika sedang makan adalah sangat mengganggu waktu bersama keluarga.

Menurut Foodandwine, untuk meneruskan program itu, restoran makanan segera itu secara aktif masih menanti respon daripada pelanggan mereka untuk mengetahui adakah program seperti itu boleh dilakukan di cawangan mereka yang lain atau tidak. –UN

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci