728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 April 2017

    Suami Paksa Isteri Lacurkan Diri Kerana Mahu RM20 Dari Rakan




    Di Alor Star, Kedah, seorang wanita berusia 63 tahun mendakwa dipaksa melacurkan diri sebanyak dua kali oleh suaminya yang berusia 69 tahun dengan bayaran RM20.

    Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, wanita itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya, berumur 61, pada 21 Mac dan 2 April di Padang Sanai.

    “Wanita tersebut memberitahu suaminya telah menerima RM20 daripada lelaki itu.

    “Suami dan rakannya telah ditangkap dan ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya sambil menambah bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis pada Khamis.

    Kes itu disiasat sebagai rogol dan mengeksploitasi individu bagi tujuan pelacuran.








    Sumber: Mstar

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suami Paksa Isteri Lacurkan Diri Kerana Mahu RM20 Dari Rakan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top