728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 17 July 2017

    Nizar Jamaluddin Kata Tahun Depan Kita Dilanda Tsunami Lagi





    Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, satu kajian majalah The Times pada 2010 menyatakan Malaysia sebagai negara terkaya kerana tiada bencana besar selain populasi penduduk rendah dan negara subur.

    “Malaysia tiada bencana alam besar. Tsunami paling besar adalah PRU14 nanti. Rakyat akan bangun dan inilah malapetaka kepada Umno-BN

    “Malaysia negara terkaya tetapi diurus oleh pencuri di dunia ini, namanya Najib Razak. Maka rakyat menderita kerana negara diurus oleh pencuri,” tegasnya ketika berucap sempena siri jelajah Jom Bina Semula Negara di Tanjong Malim kelmarin.

    Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, penderitaan rakyat akibat ditipu dan dicuri tidak dapat dihentikan selagi Rosmah Mansor dan Najib Razak menjadi pimpinan Umno.

    “Kita dimain tipu begitu sahaja. Adakah kita mahu dengar dia terus menipu lagi rakyat Malaysia? Kita bersama-sama hentikan Umno Najib Razak

    “Kita tidak pilihan. Alhamdulillah. Kita ada Harapan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan dari Bersatu, Amanah, PKR dan DAP,” ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan kembali tindakan yang akan dilakukan dalam tempoh 100 hari jika rakyat memberi mandat kepada Harapan menggantikan rejim Umno-BN.

    “Minggu pertama menang di Putrajaya sebelum 100 hari berakhir kita mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kita akan reformasikan institusi kerajaan yang dirosakkan Rosmah Mansor Najib Razak.

    “Rasuah di negara ini akan dihapuskan sama ada kecil dan besar. Kita hidupkan semula integriti. Kita akan pulihkan Felda yang dirosakkan Najib dan konco-konconya supaya lebih 300,000 peneroka akan diselamatkan,” jelasnya.

    Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, siasatan diraja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mencari keadilan juga akan diwujudkan.

    “Kita mesti pilih Pakatan Harapan. Jangan sekali-sekali memberi sokongan kepada BN,” tegas Mohammad Nizar lagi.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nizar Jamaluddin Kata Tahun Depan Kita Dilanda Tsunami Lagi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top