728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 April 2017

    [VIDEO] Hilang Di Rumah, Rupanya BooBoo Sesat 4,800km




    Seekor kucing yang hilang di California kira-kira dua setengah tahun lalu, ditemui semula akhirnya di negara jirannya, Kanada, beribu-ribu kilometer dari rumahnya.

    Kucing yang bernama BooBoo itu, ternyata begitu asyik ‘mengembara’ sehingga terlupa untuk pulang ke rumah pemiliknya sendiri dan kemudian dilaporkan hilang pada Ogos 2014 di Watsonville, California.

    Media tempatan melaporkan, BooBoo akhirnya muncul semula pada 30 Mac lalu tetapi dijumpai di tenggara Kanada, sekitar sejauh 4,830 kilometer dari rumahnya di California, Amerika Syarikat (AS).

    Namun apabila BooBoo dibawa ke Pusat Kemanusiaan Guelph di Toronto, kucing itu kelihatan kemas dan ternyata sudah menjaga dirinya dengan baik selama ini meskipun ‘berkelana’ jauh hingga merentasi sempadan negara.



    Pengarah Eksekutif persatuan itu, Adrienne McBride berkata, BooBoo dalam “keadaan yang bagus sekali” bahkan katanya, kucing itu sudah menjadi gemuk dan mungkin perlu berdiet apabila pulang ke pangkuan pemiliknya.

    Jadi timbul pula persoalan cepumas menarik, bagaimana agaknya si BooBoo itu boleh selamba sahaja merentasi jarak beribu-ribu kilometer dari California ke Kanada termasuk menempuh pelbagai cuaca berbeza?

    Pemiliknya, Ashley Aleman berkata BooBoo mungkin pernah ‘tumpang’ kereta orang tertentu kerana mamalia itu memang jenis suka melompat masuk ke atas kenderaan individu lain sebelum ini.

    Kucing tersebut dikenal pasti sebagai BooBoo kerana ada mempunyai mikrocip pada tubuhnya. Para pegawai perlindungan haiwan sudah membawa BooBoo pulang ke California.







    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: [VIDEO] Hilang Di Rumah, Rupanya BooBoo Sesat 4,800km Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top