Aku rasa majoriti daripada kita tahu atau pernah dengar barangan jenama OGAWA.
Syarikat ini melahirkan banyak produk peralatan kesihatan terutama kerusi urut elektrik yang terkenal tu. Pergilah mana-mana shopping mall kat Malaysia, ada saja premis yang menjual produk OGAWA. Dan sudah tentu dalam kepala kita ia adalah produk dari negara matahari terbit itu berdasarkan teknologi penciptaannya…terutama namanya!
Tapi tahukah korang produk OGAWA ni takde kena mengena pun dengan syarikat Jepun, sebaliknya ia adalah ciptaan / milik orang Malaysia sendiri iaitu Mr. Wong Lee Keong dan rakannya, Ms. Lim Poh Khian.
Asalnya mereka menubuhkan sebuah syarikat, Morwell Sdn Bhd pada tahun 1997 yang memfokuskan kepada pembuatan barangan rumah dan peralatan elektrik. Kemudian mereka melihat potensi produk kerusi urut elektronik dan mula merekabentuk sendiri produk tersebut dengan mewujudkan jenama OGAWA, perkataan Jepun yang maksudnya ‘aliran sungai’. Nama itu dipilih bersesuai dengan falsafah syarikat mereka yang mahu melihat kejayaan mereka seperti ‘bermula dari aliran sungai, kemudian menuju ke lautan luas’. Macam tulah lebih kurang.
Kehebatan syarikat Wong dan Lim ini adalah daripada segi menghasilkan pelbagai produk yang sangat bermutu, terkini, rekabentuk yang sofistikated hingga namanya bukan saja harum di Malaysia dan Asia Tenggara, tetapi juga telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan nama U.S OGAWA. Mereka mempunyai jurutera dan pereka yang akan sentiasa menghasilkan produk terbaru di pasaran dengan ciri-ciri cangih!
Walaupun saingan terdekat mereka adalah OSIM (dari Singapura), namun OGAWA semakin hari semakin kukuh di pasaran antarabangsa dengan keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit setahun.
Yang pasti, ramai daripada kita sendiri ingat OGAWA produk / syarikat Jepun sedangkan realitinya – jauh panggang dari api!
Ternyata strategi marketing dan keputusan mereka memilih nama OGAWA memang mengena. Ini betul-betul hati kering punya kerja.
Siapa sangka dengan hanya menjual kerusi urut, mereka berdua kini jutawan!
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci