728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 April 2017

    6 Sebab ‘Best’ Kenapa Anda Perlu Bangun Seawal Pukul 6 Pagi!




    Mesti ramai yang liat sangat nak bangun pagi. Kalau waktu masuk pejabat pukul 8:30 pagi, pukul 7 la baru nak bangun. Lepas tu sampai lambat.

    Kajian mendapati, mereka yang bangun awal adalah orang yang berjaya dalam hidup. Mesti lepas ni ramai yang nak bangun awal. Konon je kot!

    Lepas anda baca artikel kali ini, mesti anda akan disiplinkan diri untuk bangun seawal 6 pagi!



    1. Anda ada masa untuk mengetahui kelebihan yang tersembunyi dalam diri anda

    Ramai yang tidak mampu mencapai matlamat kerana kurang fokus. Masa memainkan peranan penting dalam hidup. Jika anda bangun lebih awal, semuanya akan jadi teratur dan anda akan mempunyai banyak masa untuk mengenali diri sendiri.



    2. Anda ada masa untuk jadualkan hari anda

    Mereka yang berjaya tidak akan buang masa dengan sia-sia. Lebih awal anda merancang hari anda, lebih berkesan dan produktif anda akan menghabiskan masa.



    3. Hidup anda lebih ceria & bertenaga sepanjang hari

    Bersenam di waktu pagi tubuh akan mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan anda lebih ceria dan bertenaga sepanjang hari.



    4. Anda sentiasa ada masa untuk bersarapan pagi

    Kajian menunjukkan sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan anda. Sama seperti kereta memerlukan petrol, tubuh anda memerlukan makanan untuk berfungsi dengan baik, terutamanya pada waktu pagi.



    5. Orang yang berjaya sentiasa bangun awal

    Jack Dorsey, pengasas Twitter, memulakan harinya seawal 05:30 untuk meditasi dan berlari sejauh 10- kilometer sebelum ke tempat kerja.

    Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, memulakan kerja dengan membalas e -mel seawal 4:30 pagi.



    6. Anda berada dua langkah ke hadapan dari orang lain

    Tabiat bangun awal menyerlahkan potensi kreatif anda dan meningkatkan keyakinan. Yela anda sudah mula bekerja seawal 6 pagi, manakala pesaing anda masih lagi tidur.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 6 Sebab ‘Best’ Kenapa Anda Perlu Bangun Seawal Pukul 6 Pagi! Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top