Sudah menjadi trend pada tahun ini hampir kesemua jenama smartphone mengeluarkan smartphone flagship dengan kamera dua lensa. Begitu juga dengan jenama Oppo yang baru sahaja memperkenalkan Oppo dengan dual-lens. Namun apa yang menarik mengenai dual-lens Oppo adalah teknologi 5x ‘lossless‘ zoom system khusus untuk mengambil gambar dengan jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti.
Oppo yang sebelum ini mengeluarkan Oppo F1s dengan tagline ‘Selfie Expert’ sesuai buat mereka yang kerap selfie ternyata membuahkan hasil apabila model ini berjaya mendapatkan penjualan yang tinggi di beberapa negara. Tidak dilupakan juga Oppo R9 yang berjaya menjadi smartphone pilihan Rakyat China setelah sekian lama iPhone mengungguli carta penjualan tertinggi.
Kini misi Oppo diteruskan dengan pengeluaran Oppo 5x. Penggunaan dual-lens pada smartphone terbaru Oppo ini bukan sahaja menjanjikan bokeh yang cantik, malah membolehkan pengguna zoom sehingga 5 kali ganda.
Tidak dinafikan, pada mulanya kami agak skeptical apabila Oppo mengumumkan teknologi terbaru mereka. Apakah hanya sekadar gimik atau software optimization dimana membolehkan Oppo 5x mengambil gambar sehingga 5x zoom walaupun pada hakikatnya gambar kelihatan sedikit pecah.
Ternyata telahan kami silap apabila perbandingan diantara Oppo 5x dan iPhone 7 Plus dibuat. Tonton video ini untuk mengetahui perbezaannya.
Apa yang menarik perhatian kami mengenai Oppo adalah mereka ternyata tahu yang dimahukan pengguna seterusnya memfokuskan kepada satu segmen sahaja iaitu kamera.
Dari segi performance, prestasi Oppo mungkin tidak setanding Samsung dan Apple namun tidak bagi kamera. Walaubagaimanapun, smartphone terbaru keluaran Oppo baru dilihat tidak lagi mengalami masalah ‘lagging’ yang kerap seperti sebelum-sebelum ini.
Berikut merupakan perbandingan perbezaan kualiti Oppo 5x dengan kadar zoom yang berbeza. Memang jelas betul.
Meskipun sekadar prototaip sewaktu diumumkan pada MWC 2017 yang lepas, jelas teknologi Oppo 5x Dual Camera Zoom ternyata bukan sekadar gimik. Teknologi yang dibangunkan disertakan pula dengan lens dan sensor terbaru berjaya menunjukkan perbezaan apabila dibandingkan dengan salah satu smartphone camera terbaik 2016.
Seperti juga Huawei, Oppo juga nampaknya telah membuktikan smartphone China yang sebelum ini dianggap ‘low quality‘ mampu bersaing bersama jenama-jenama besar keluaran Korea dan USA. Dengan penawaran harga yang sedikit rendah, smartphone keluaran China juga semakin banyak menjadi pilihan pengguna sepertimana jenama OnePlus dan Xiaomi.
Setakat ini, Oppo masih belum mengumumkan sebarang tarikh khusus sempena pelancaran Oppo 5x. Dijangkakan smartphone ini bakal dikeluarkan tidak lama lagi setelah kesemua software dalaman telah tersedia dengan sempurna sesuai untuk penggunaan pengguna.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci