728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 31 October 2019

    Borang pencalonan PRK Tanjung Piai laku

    PONTIAN: Borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai laris bak pisang goreng panas di mana sehingga 12 tengah hari semalam sebanyak 27 set borang sudah dijual.

    Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor Mohammad Zaidad Abu Samat berkata kesemua borang itu dibeli oleh 10 pihak terdiri daripada parti-parti politik utama serta individu.

    “Tiga daripada pihak berkenaan telah membayar deposit pilihan raya sebanyak RM10,000,” kata beliau ketika dihubungi, di sini, semalam.

    Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama individu atau parti politik itu.

    Pada 24 Oktober lepas, Mohammad Zaidad dilaporkan sebagai berkata enam borang pencalonan telah pun dijual sejak 8 Oktober.

    Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 2 November ini bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, dekat sini, manakala hari pengundian telah ditetapkan pada 16 Novemver.

    Setakat ini, hanya Pakatan Harapan (PH) menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) telah mengumumkan calon yang bakal bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan.

    Tiga hari lepas, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Ketua BERSATU (Bahagian Tanjung Piai Karmaine Sardini sebagai calon PH sementara GERAKAN kelmarin mengumumkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam sebagai calonnya.

    Menurut Mohammad Zaidad, dari segi persiapan SPR, latihan melibatkan 992 petugas di semua 28 Pusat Mengundi (termasuk undi awal) telah pun selesai.

    “Dari segi aspek keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah siap sedia, kerahan lebih 1,700 anggota. Semalam juga ada sesi penyelarasan bersama Ketua Polis Daerah Pontian bagi PDRM mengawal pergerakan penyokong ke dewan penamaan.

    “Esok (hari ini) juga akan ada taklimat penyelarasan bersama dengan parti yang umum untuk bertanding di Ibu Pejabat Daaerah Pontian (IPD Pontian),” katanya sambil menambah pihaknya juga dalam siap siaga dalam menghadapi kemungkinan banjir. — Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Borang pencalonan PRK Tanjung Piai laku Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top