728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 April 2017

    Dulu S-Health, Kini Dah Tukar Jadi Samsung Health





    Oleh : Amanz

    Samsung sebelum ini sedia menawarkan aplikasi S-Health yang membolehkan pengguna menggunakan bersama peranti boleh-pakai dan juga telefon pintar mereka untuk memantau data berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan. Terkini, hari ini gergasi dari Korea Selatan berkenaan mengemaskini aplikasi berkenaan, dan menjenamakan semula ia kepada Samsung Health.

    Untuk pengguna tempatan, buat masa ini ia sekadar kemaskini dengan beberapa perubahan, tetapi lebih memfokuskan kepada penjenamaan semula. Tetapi, untuk pengguna di Amerika Syarikat, Samsung menyertakan sebuah ciri khusus, membolehkan pengguna bertanyakan soalan kepada doktor melalui aplikasi berkenaan. Ia semestinya salah satu ciri menarik, dan dinantikan ramai diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Dinamakan sebagai “Ask an Expert”, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini bakal hadir kepada pengguna di Malaysia.

    Bagi anda yang menggunakan aplikasi S-Health, boleh memulakan proses kemaskini hari ini secara automatik kepada aplikasi Samsung Health.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dulu S-Health, Kini Dah Tukar Jadi Samsung Health Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top