728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 5 April 2021

    Pengamal Perubatan Ditembak

     


    KUANTAN: Dendam dipercayai motif pembunuhan seorang pengamal perubatan di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui mati dipercayai ditembak di tempat kejadian.

    Katanya, berdasarkan laporan, pihaknya menerima maklumat seorang lelaki tidak sedarkan diri cedera di kepala dan kesan darah kering, pada jam 11 malam.

    "Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan, kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

    "Ketika kejadian, mangsa, anak keempat daripada tujuh beradik berada seorang diri kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.

    "Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan.

    "Mangsa yang sudah berkahwin baru mendapat cahaya mata lelaki tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

    "Isteri mangsa kini berpantang di rumah ibu mentua di Pekan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata, pihaknya percaya pembunuhan berpunca daripada dendam dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Berita Harian


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pengamal Perubatan Ditembak Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top