728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 21 March 2020

    Mangsa Covid-19 telah dikebumikan

    JENAZAH lelaki warga tempatan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus koronavirus baharu (Covid-19), semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Tawau, 10.20 malam tadi.

    Jenazah lelaki berusia 58 tahun membabitkan kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling di Kuala Lumpur, tiba di tanah perkuburan itu dari Hospital Tawau, kira-kira 10 malam.

    Lima petugas hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE), mengangkat jenazah menggunakan pengusung hospital.

    Tidak seorang pun, termasuk media dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan, sehingga selesai pengebumian jenazah yang juga kematian ketiga akibat Covid-19 di negara ini.

    Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac selepas dikesan positif Covid-19, dan mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk, serta diberi bantuan pernafasan.

    Keadaan kesihatannya didapati merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mangsa Covid-19 telah dikebumikan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top