728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 12 March 2020

    Rakyat Sarawak yang menghadiri upacara di Masjid Seri Petaling diminta tampil

    KUCHING: Rakyat Sarawak diminta untuk membantu menjejaki mereka yang menghadiri acara agama antarabangsa di Masjid Seri Petaling di Selangor dari 27 Februari hingga 1 Mac lepas untuk siasatan COVID-19.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (gambar) membuat rayuan di laman Facebooknya pada Rabu selepas Brunei Darussalam melaporkan pada Isnin bahawa salah seorang peserta adalah kes pertama disahkan COVID-19.





    "Tolong bantu kami untuk menjejaki rakyat kita yang menghadiri acara ini untuk siasatan lanjut COVID-19.

    "Kekal bertenang tetapi sila bantu kami supaya doktor dapat membantu anda," katanya, merujuk kepada beberapa imej yang dikongsi bersama catatan dalam Facebooknya.

    Antara imej yang dikongsi ialah tangkap layar laman Facebook Maklumat Bencana Sarawak yang menyatakan kira-kira 500 warga Sarawak menghadiri acara tersebut.

    Ia menggesa setiap mereka yang menghadiri acara itu atau mengetahui sesiapa antara peserta untuk menghubungi hospital kerajaan terdekat atau pejabat kesihatan daerah.

    Imej lain yang dikongsi oleh Dr Sim menyatakan acara keagamaan itu dihadiri oleh 10,000 warga asing.

    Orang ramai mempunyai maklumat diperlukan boleh menghubungi: 082-443248 (Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis, Sarawak), 082-276666 (Hospital Umum Sarawak), 085-420033 (Hospital Miri), 086-255899 (Hospital Bintulu) dan 084-343333 (Hospital Sibu)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Rakyat Sarawak yang menghadiri upacara di Masjid Seri Petaling diminta tampil Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top