Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad menegaskan kesahihan sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan pintu belakang perlu diuji melalui usul undi tidak percaya dengan kadar seberapa segera.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kesahihan jumlah wakil rakyat yang menyokong kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa ini masih dipertikai.
“Kabinet yang dibentuk Tan Sri Muhyiddin Yassin ini adalah Kabinet Kerajaan Pintu Belakang.
“Ianya sebuah kerajaan yang menafikan pilihan rakyat secara tidak berakhlak dan tidak bermoral. Rakyat telah memilih kerajaan PH (Pakatan Harapan).
“Oleh itu, kesahihan kerajaan dari segi undang-undang tetap diragui,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berpendapat barisan Kabinet yang dibentuk jelas bertujuan memuaskan kehendak parti-parti yang menyertai usaha gabungan tersebut dengan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri yang ramai.
“Terdapat 70 jawatan termasuk PM berbanding hanya 55 di bawah kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Ianya Kabinet di mana semua mendapat habuannya.
“Kabinet ini juga tiada halatuju dan dasar yang jelas yang ingin diperjuangkan, selain untuk menjatuhkan PH dan menjadi kerajaan. Tiada apa-apa manifesto yang memandu Kabinet ini,” tegasnya.
Khalid menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjadi kerajaan yang diperalat kleptokrat dan pengkhianat.
“Ia akan merungkai kembali apa sahaja kebaikan yang telah dilaksanakan PH sebelum ini.
“Komposisi Kabinet ini juga tidak langsung membayangkan komposisi kaum di Malaysia. Ini adalah kerana ianya terdiri dari golongan pengkhianat dan kleptokrat yang berkerjasama untuk kepentingan masing-masing,” tambahnya lagi.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/usul-undi-tidak-percaya-uji-kesahihan-sokongan-kepada-kerajaan-pintu-belakang/

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci