728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    COVID-19 : Penuntut (UiTM) disahkan positif

    SEORANG penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan jumlah penuntut universiti berkenaan yang menerima rawatan akibat penularan wabak itu, tiga orang.

    Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, penuntut itu yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, dijangkiti melalui bapanya yang disahkan positif Covid-19.

    Beliau berkata, bapa pelajar itu mendapat jangkitan daripada kontak iaitu saudaranya yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur.

    Katanya, penuntut menghadiri kuliah pada 15 Mac lalu dan apabila disahkan positif Covid-19, dia memaklumkan keadaan dirinya yang dijangkiti kepada pensyarah.

    “Sehubungan itu, pihak UiTM melalui Pusat Gerakan Covid-19 dan Pusat Kesihatan UiTM memaklumkan keadaan penuntut berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Mohd Azraai berkata, kontak rapat penuntut itu sudah dikenal pasti oleh pihak UiTM dan mereka menjalani saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

    Selain itu, katanya, pihak UiTM melakukan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di kelas serta kawasan berkaitan sebagai langkah keselamatan bagi mengelak virus berkenaan tersebar.

    “Semua penuntut dan staf tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana UiTM mengambil langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang sepatutnya.

    “Mereka juga disarankan untuk mengikuti arahan dan nasihat pihak pengurusan UiTM dan KKM dari semasa ke semasa,” katanya.
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557056/penuntut-uitm-disahkan-positif-covid-19
    Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 12:12 AM


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19 : Penuntut (UiTM) disahkan positif Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top