728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    COVID-19: Sekatan jalan raya halang penduduk berpusu-pusu ke pusat bandar

    MIRI: Polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa tempat di sini bagi mengelakkan orang ramai berpusu-pusu turun ke pusat bandar raya pada pagi Sabtu.

    Tindakan terbaharu ini nyata mengejutkan pengguna jalan raya pagi tadi apabila tidak dibenarkan untuk ke pusat bandar dan terpaksa berpatah balik pulang ke rumah.

    Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata hari ini (Sabtu) pihaknya mengetatkan kawalan sekatan jalan raya di beberapa tempat iaitu di Jalan Morsjaya, Jalan Miri Bypass, Jalan Pujut, Batu Niah dan Bekenu.

    "Sekatan jalan raya ini dibuat sehingga 31 Mac dan ianya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

    "Pada mereka yang perlu pergi ke pusat bandar atau keluar ke mana-mana hanya dibenarkan untuk urusan penting dan bekerja sahaja dan pengguna perlu menunjukkan surat pelepasan perjalanan daripada majikan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini.

    Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat berkata setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh PKP.

    Menurutnya ia bagi mengelakkan ada pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah dengan segelintirnua mendakwa perlu memenuhi tuntutan bekerja.

    Berita ini disiarkan pada 21 March 2020

    -Utusan Borneo

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19: Sekatan jalan raya halang penduduk berpusu-pusu ke pusat bandar Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top