728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 31 March 2020

    PKP untuk kebaikan semua pihak

    Bukan membandingkan Malaysia dengan Sepanyol namun hakikat adalah hakikat yang harus diterima semua pihak pada situasi apa sekalipun.

    Pada 30 March 2020 malaysia merekodkan keseluruhan pesakit yang dijangkiti Covid-19 seramai 2,626 manakala jumlah kematian 37.

    Berbeza dengan Sepanyol yang merekodkan angka kematian 6,528 akibat penyakit berjangkit Covid-19 dengan jumlah mereka yang diuji positif COVID-19 78,797 kes.

    Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan langkah lebih ketat yang bermakna semua pekerja harus tinggal di rumah selama dua minggu ke depan.

    Sekatan terbaharu dari 30 Mac hingga 9 April depan dipersetujui untuk diluluskan pada mesyuarat Kabinet negara itu.

    Sepanyol, yang mempunyai angka kematian tertinggi dari mana-mana negara kecuali Itali, telah mula membina tekad baharu akibat peningkatan mendadak jumlah kematian.

    Media Sepanyol melaporkan sebuah bangunan di Madrid yang dikenali sebagai “The Doughnut” akan menjadi sebuah rumah mayat sementara, menjadikannya yang kedua di bandar itu selepas gelanggang ais minggu lalu.

    Melihat angka kematian dan jangkitan Covid-19 dinegara lain kita harus mematuhi setiap arahan kerajaan yang diketuai Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk kebaikan semua mereka yang berada di Malaysia.

    -Kaki Palu

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: PKP untuk kebaikan semua pihak Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top