728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 10 April 2019

    Angelina Jolie Bakal Berlakon Filem Marvel

    PELAKON dan pengarah Angelina Jolie mengesahkan dia bakal berlakon dalam filem Marvel bertajuk The Eternals.

    Menurut laporan Mirror.co.uk, Jolie bakal membawa watak sebagai Sersi dalam filem tersebut.

    Bagaimanapun, barisan pelakon dan karakter lain masih belum didedahkan kepada umum.

    Filem yang akan memulakan pra-produksi pada September depan berkisahkan tentang sekumpulan bangsa makhluk mistik yang dicipta oleh Celestial.

    Ia diarahkan oleh Chloe Zhao yang terkenal dengan beberapa projek indie seperti Songs My Borther Taught Me.

    Watak Sersi yang bakal dilakonkan Jolie merupakan seorang wanita berkuasa yang telah hidup berabad lamanya dalam kalangan manusia.

    Sersi dilahirkan di Olympia, Greece ketika zaman kejatuhan Atlantis dan Lemuria.

    Dia berbeza dengan rakan-rakan Eternals yang lain kerana Sersi selesa berada di sekeliling manusia.

    Dia akhirnya berhijrah meninggalkan bandar tersembunyi 'The Eternals' dan hidup di dalam peradaban manusia.

    Dalam pada itu, peminat turut teruja menantikan filem 'Avengers: Endgame' yang akan ditayangkan pada hujung April ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Angelina Jolie Bakal Berlakon Filem Marvel Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top