SEJAK malam semalam, topik sup bunjut mula trending di semua rangkaian sosial media.
Semuanya disebabkan satu babak di dalam drama slot Samarinda, Nur, yang memaparkan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan.
Dia kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari 'barang' tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya. Bagaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.
Situasi itu telah mmenyebabkan ramai penonton dan pengguna sosial media pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan dan rupanya memang seakan-akan 'barang' yang digunakan dalam ilmu sihir.
Babak tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen tetapi juga sebuah jenama terkenal turut bergurau dengan mengatakan produk mereka bebas sihir.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama yang mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa dari penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan.
Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Ia mengisahkan seorang ustaz muda, Adam (Syafiq) yang jatuh cinta dengan Nur (lakonan Amyra), seorang pelacur yang mahu berubah.
Percintaan dan perkahwinan mereka mendapat tentangan terutamanya pada ibu dan kakak Adam iaitu Aishah. Bukan itu sahaja, kerana Adam memilih Nur, ramai masyarakat mula mengecam, lebih-lebih lagi bapa Adam adalah anak penceramah agama terkenal.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci