728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 21 March 2018

    Bapa Liwat Anak Kandung Sebanyak 623 Kali




    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 25 April ini untuk mendengar rayuan seorang ejen unit hartanah yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya, tahun lalu.



    Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam Cyrus Tiu Foo Woei dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili lelaki berusia 37 tahun itu selaku perayu, memohon mahkamah memberikan masa bagi pihaknya mendapatkan rekod rayuan perayu daripada pihak penjara.



    Pada prosiding itu juga, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin hadir selaku responden.



    Terdahulu, Foo Woei memaklumkan kepada mahkamah, beliau dilantik mewakili perayu pada 7 Mac lalu dan belum mendapat rekod rayuan serta dokumen berkaitan kes itu.



    "Saya difahamkan rekod itu berada dalam simpanan pihak penjara. justeru memohon tarikh baru untuk menyemak dokumen berkenaan," katanya.



    Perayu memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman itu pada Oktober tahun lalu.



    Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.



    Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 26 Julai 2017.



    Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis selama tiga tahun selepas keluar penjara.



    Kes itu mendapat perhatian awam apabila lelaki itu didakwa atas 623 kesalahan, termasuk satu kes rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya serta satu kes penganiayaan seksual.



    Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya sejak Januari tahun lalu hingga Julai tahun lalu.



    Bagi semua pertuduhan meliwat, dia dituduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak perempuannya pada Januari hingga 20 Julai 2017, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.



    Bapa kepada tiga anak perempuan itu juga didakwa atas 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya pada 11 Julai hingga 20 Julai 2017, mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.



    Dia juga didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa di antara 1 Januari hingga 21 Julai tahun lalu, mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.



    Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama, pada jam 2 petang, 21 Julai tahun lalu, mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.



    Semua pertuduhan mengikut kanun dan akta berkenaan membawa hukuman penjara dan sebat. Berdasarkan fakta kes, tertuduh pertama kali meliwat anaknya itu dua tahun lalu.



    Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun lalu selepas ibu bapanya bercerai. Dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu selepas mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya tinggal bersama mereka dan bimbang perkara sama berlaku kepada adiknya.



    Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai 2017.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bapa Liwat Anak Kandung Sebanyak 623 Kali Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top