728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 April 2017

    Mahu Si Jantung Hati Anda Balas Mesej? Mudah Saja...




    Menjadi wanita yang sedikit agresif dalam mendekati crush, apa yang dilakukan harus tidak berlebihan dan membuatnya rasa terganggu.

    Anda anda lebih cerdik dalam memenangi hatinya. Langkah pertama adalah dengan memastikan dia mahu membalas teks pesanan anda. Bagaimana caranya agar dia mahu membalas teks mesej? Semak berikut ini dipetik dari Youqueen:


    Jangan terlalu cepat membalas

    Anda mungkin membalas mesejnya terlalu cepat untuk menunjukkan bahawa anda sangat selesa berbual dengannya. Tetapi dengan begitu, dia melihat anda sebagai seseorang yang sentiasa bersedia di samping telefon pintar. Jika anda ingin dia membalas mesej, santai saja. Beri ruang masa untuk membalasnya.

    Elakkan terlalu banyak menghantar mesej

    Jika dia tidak bertindak balas, jangan menghantar mesej bertubi-tubi. Jika dia tidak membalasnya, bermakna dia memang belum ada masa untuk membalas atau tidak mahu membalasnya. Dalam keadaan ini, anda perlu bersikap tenang. Jika anda terlalu kerap menghantar mesej, dia malah akan malas membalasnya sama sekali.

    Bicarakan perkara di luar hubungan anda

    Jika anda hanya selalu membicarakan tentang perasaan anda dan dia, itu hanya akan membuatnya bosan. Lelaki ingin mengetahui kehidupan seseorang wanita, seperti hobinya, aktiviti yang sering dilakukan, dan hal-hal lain. Jika anda berkeras untuk membicarakan tentang perasaan anda padanya saja, kemungkinan dia akan malas melayani anda.

    Berikan soalan

    Salah satu cara berkesan menjaga perbualan adalah dengan memberikan soalan. Dengan begitu, dia akan menjawab soalan tersebut. Tanyalah tentang hal-hal yang membuat dia tertarik. Itu akan menjaga perbualan agar berlanjutan.

    (nip)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mahu Si Jantung Hati Anda Balas Mesej? Mudah Saja... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top