728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 April 2017

    Kulit Cepat Tua Jika Suka Sangat Berselfie




    Kulit cepat tua tidak hanya disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup yang tidak sihat. Namun hobi berselfie, juga memberi kesan penuaan pada kulit. Bagaimana?

    Seorang bloggers dari U.K Mehreen Baig yang menceritakan kepada Dailymail, bahawa selfie sebanyak 50 sehari menyebabkan jerawat, bintik hitam, dan tona pada kulit.

    Teori ini kemudian dilihat dari lampu biru atau blue light yang dikenali sebagai High-Energy Visible Light (HEV).

    Banyak kajian ahli kecantikan mendapati, HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.

    Seperti yang disampaikan David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. “Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

    Sebab kejadian seperti ini anda harus kurangkan berselfie. Untuk mencegah hal tersebut, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie. Dipetik dari laman Womenhealth.

    (nip)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kulit Cepat Tua Jika Suka Sangat Berselfie Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top