728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 3 April 2017

    Hanya Kerana Setandan Pisang, Lelaki Ini Dipenjara 14 Hari





    Seorang buruh terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 14 hari apabila disabitkan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mencuri setandan pisang bulan lalu.

    Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Mohmad Firdaus Mohd Fauzi, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri setandan pisang abu kepunyaan Muhamad Ashraf Shamsudin, 27, pada 26 Mac lalu, jam 9 malam di No 30, Kampung Tempoyak Mukim Air Putih, Pendang, dekat sini.

    Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Mengikut fakta kes, pada hari dan masa kejadian pengadu (Muhamad Ashraf) terserempak lelaki (tertuduh) memotong tandan pisang miliknya ketika pulang ke rumahnya.

    Pengadu bersembunyi berhampiran rumah sambil memerhatikan tertuduh sebelum meminta bantuan orang kampung untuk menangkap lelaki itu.

    Tertuduh dibawa ke balai polis bersama-sama dengan setandan pisang yang cuba dicurinya.

    Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin. Dalam rayuannya tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, memohon hukuman ringan kerana dia sudah insaf, selain masih bujang dan menanggung ibu bapa dengan upah RM30 sehari sebagai buruh am.

    Peguam berkata, nilai setandan pisang itu di bawah RM50 dan pengakuan bersalah tertuduh menjimatkan kos dan masa mahkamah.

    Muhammad Rifaie bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan agar menjadi pengajaran kepada tertuduh.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hanya Kerana Setandan Pisang, Lelaki Ini Dipenjara 14 Hari Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top