Kerajaan sudah membelanjakan kira-kira RM5.4 bilion bagi membayar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 6.32 juta penerima sehingga akhir Februari lalu.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah itu, negeri Selangor muncul penerima tertinggi iaitu seramai 831,473 orang membabitkan peruntukan lebih RM688 juta.
Ia diikuti negeri Johor seramai 766,948 orang membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM653 juta dan Sarawak seramai 709,845 (kira-kira RM624 juta).
Putrajaya pula mencatat penerima terendah iaitu seramai 6,689 orang membabitkan peruntukan hampir RM4.94 juta.
BR1M mula dilaksanakan pada Disember 2011 bertujuan memberi bantuan kewangan kepada golongan sasar bagi meringankan beban rakyat.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci