Bagaikan 'pisang goreng panas', peminat makanan segera McDonald's terpaksa menunggu sehingga Jumaat ini akibat kehabisan stok ayam goreng perisa pedas.
McDonald's dalam Facebook mengumumkan menu itu tidak dapat disediakan bermula hari ini selepas mendapat sambutan dan permintaan ramai yang memberangsangkan.
"Jika anda masih teringin Ayam Goreng McD, apa kata cuba perisa biasa.
"Ayam Goreng McD pedas akan dijual semula bermula Jumaat (7 April)," kata francais makanan segera itu dalam Facebook.
Promosi terbaru set ayam goreng McDonalds sejak Mac lalu mendapat sambutan ramai, dan video iklannya sehingga kini ditonton lebih 1 juta pengguna Facebook.
Cabaran #MostAwesomeBite juga diperkenalkan dari 20 Mac hingga 23 April ini, dan pengguna diminta menghantar rakaman video merasai pengalaman sendiri Ayam Goreng McD untuk memenangi baucar tunai.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci