728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 6 January 2018

    Bakal Pengantin Dijemput Maut Ketika Membaca Al-Quran





    KETIKA malaikat maut menghampiri, tiada seorang pun akan mampu ‘berlari’ untuk bersembunyi mahupun mengelak.

    Bahkan meskipun dikelilingi pakar dan peralatan canggih sekalipun, setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mengalami mati.

    Laman sesawang media sosial hari ini dibanjiri dengan kata-kata takziah diucapkan kepada seorang mahasiswi terbaik lulusan universiti ternama, Universitas Hasanuddin (UNHAS) yang meninggal dunia dalam satu kejadian di Indonesia, pada pagi Khamis.

    Gadis bernama Aisyah Bahar itu menjadi bualan dalam kalangan netizen kerana arwah meninggal dunia dalam keadaan ‘Husnul Khatimah’ yang mana pengakhiran hayat yang baik.



    Memetik sumber, Mynewshub difahamkan, ketika kejadian arwah yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran selepas menunaikan solat fardu Subuh tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia.

    Dalam pada itu, sepupu arwah dikenali sebagai Andi Wahyuni juga memaklumkan bahawa arwah sedang menjalankan ibadah puasa sunat ketika itu dan bakal bernikah tidak lama lagi.

    “Arwah meninggal ketika sedang membaca al-Quran sejurus selesai menunaikan solat Subuh. Pada ketika itu arwah sedang berpuasa sunat dan sebelum meninggal Aishah sempat mengucapkan 2 kalimat syahadat. Aisyah juga bakal bernikah tidak lama lagi,” katanya.

    Sementara itu, ayah arwah bernama Andi Bahar Jufri memberitahu bahawa pada malam kejadian, Aishah memaklumkan dia ingin berpuasa sunat.



    “Selepas bersahur, kami menunaikan solat subuh di masjid. Sejurus pulang dari masjid, arwah meminta tolong untuk mendengarnya mengaji dan memeriksa tiap bacaannya.

    “Hanya dalam beberapa ayat, tiba tiba arwah rebah di pangkuan saya dan sempat mengucap sebelum meninggal dunia,” katanya.

    Tambah Bahar lagi, Aisyah tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu mengalami sakit kepala.

    Ditanya mengenai perkahwinan arwah, Bahar berkata, Aishah sememangnya bakal bernikah dan hanya tinggal menunggu hari yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

     Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Al-Fatihah… – MYNEWSHUB.CC/AM

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bakal Pengantin Dijemput Maut Ketika Membaca Al-Quran Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top