728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 8 April 2017

    Anda Tak Perlu Lagi Risau Pasal Jet Lag, Hanya Ikuti Helah Ini...




    KENDALL JENNER mempunyai helah berkesan menghilangkan kesan jet lag selepas melakukan perjalanan jauh, iaitu dengan bermeditasi.

    Sebagai model pentas dunia, Kendall selalu dipadati jadual fashion show di pelbagai belahan dunia.

    Bermula dari kegiatan photoshoot, sehingga berjalan di atas catwalk selalu dilakukan. Menjadi model memang merupakan cita-citanya sejak kecil.

    Namun, baru menyedari bahawa melakukan perjalanan jauh secara terus menerus, boleh menimbulkan kesan jet lag yang dapat mengganggu kesihatan tubuh.

    “Beberapa tahun lalu, saya tidak pernah merasakan jet lag walaupun telah melakukan perjalanan kelilingi dunia. Orang-orang kata, mungkin kerana masih berusia muda. Tetapi kesan tersebut mula menyerang saya pada masa ini, bermakna saya sudah tua, haha! ” tulis Kendall pada sebuah posting blognya.

    Untuk menjangkau perkara tersebut, Kendall dan salah seorang saudari perempuannya Kim Kardashian, memutuskan untuk mengikuti kelas meditasi.

    “Rakan-rakan model kata, meditasi dapat membantu melawan jet lag. Pada awalnya, saya sangat ragu-ragu! Namun kemudian, saya dan Kim memutuskan untuk mengikuti kelas tersebut, dan hasilnya sangat luar biasa. Ini benar-benar membantu saya untuk menumpukan perhatian,” katanya.

    Selain Kendall, Kim Kardashian juga mempunyai beberapa tips yang unik untuk menghilangkan kesan jet lag.

    Dalam sebuah tulisan yang dimuatnaik di blog peribadinya, Kim mengatakan tidak pernah pergi ke sesuatu tempat tanpa di temani dua bantal sutera kesayangannya.

    Bantal tersebut dapat membantunya untuk tidur lebih awal, ketika berada di suatu tempat yang mempunyai zon masa berbeza dengan tempat asalnya. Dipetik daripada Yahoo! Newzealand.

    (nip)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Anda Tak Perlu Lagi Risau Pasal Jet Lag, Hanya Ikuti Helah Ini... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top