728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 8 April 2017

    Umur Terbaik Untuk Berkahwin Menurut Kajian Pakar

    gambar hiasan



    Jika anda masih single, menerima banyak undangan perkahwinan dari kawan-kawan memang memainkan perasaan. Bagaimana tidak, ketika kawan-kawan seorang dan seorang lagi memulakan hidup berumahtangga dan beberapa ramai pula sudah mempunyai anak dan menjalani kehidupan jadi seorang ibu, anda masih seperti dahulu, bersendiri.

    Tapi mengapa perlu terburu-buru? Kerana menurut kajian, berkahwin juga ada umur terbaiknya. Menurut wartawan Brian Christian dan penyelidik bidang kognitif Tom Griffiths, sebaiknya anda mengikuti Aturan 37% jika ingin mencari pasangan hidup.

    Peraturan ini akan mengira secara algoritma dan membantu memutuskan sesuatu. Anda perlu menapis pelbagai pilihan dalam masa terhad dan jika dilaksanakan, contohnya diandaikan bahawa mencari pasangan dilakukan dari usia 18-40 tahun, maka usia terbaik untuk berkahwin adalah usia 26 tahun.

    Berkahwin sebelum usia itu, anda mungkin akan kehilangan banyak kesempatan untuk melakukan perkara yang kamu inginkan dan meraih kerjaya yang tinggi. Begitu pula jika kamu berkahwin selepas usia tersebut, akan ada penurunan kesempatan mencari pendamping hidup yang baik.

    Tetapi, peraturan ini tidak mutlak, kerana jodoh boleh datang pada bila-bila saja dan tiada yang tahu bila. Masih diperlukan banyak penyelidikan untuk mengetahuinya. Jika ketika ini anda masih single, mungkin sememangnya belum bertemu jodoh?

    (nip)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Umur Terbaik Untuk Berkahwin Menurut Kajian Pakar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top