Menyebut tentang Alibaba pastinya individu ikonik syarikat mereka iaitu Jack Ma serta laman e-commerce beliau antara yang paling diingati orang ramai.
Seperti yang anda sedia maklum, Jack Ma sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia. Kini Alibaba bakal maju selangkah lagi dengan pembukaan Digital Free Trade Zone di Malaysia khusus untuk pengedaran barang seluruh Malaysia.
Sebelum ini Alibaba turut mendapatkan pegangan saham di dalam Lazada setelah mendapati syarikat tersebut berpotensi untuk terus maju menguasai pasaran Asia Tenggara.
Dengan pembukaan Digital Free Trade Zone ini kami harap laman e-commerce di Malaysia tidak terjejas dengan teruk serta dapat memberi saingan sekaligus bakal mengutungkan para pengguna.
Pembukaan hab Digital Free Trade ini dijadualkan bakal diumumkan seawal minggu depan dengan kehadiran oleh Dato‘ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Jack Ma.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci