728x90 AdSpace

Saturday, 21 October 2023

1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula


 1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula


Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seramai 1,070 rakyat Palestin dari Tebing Barat telah ditahan di tanah Palestin yang dijajah sejak perang bermula.

Menurut kenyataan kelab tersebut, jumlah tahanan yang direkodkan kali ini merupakan angka yang tertinggi dalam jangka masa beberapa tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan tahanan Palestin dari awal tahun mencecah 6,500 orang. Kebanyakan operasi penahanan berlaku di Ramallah, al-Khalil (Hebron), Baitul Laham (Bethlehem), Nablus, Ariha (Jericho) dan Baitul Maqdis (Jerusalem).

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 Comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

Item Reviewed: 1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki