728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 31 March 2020

    Zuraida baik duduk di rumah, jangan bodohkan diri

    Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin melalui ciapan twitternya mengecam tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menyertai proses nyah kuman dan operasi sanitasi awam oleh kementeriannya semalam.

    Pakar Kanak-Kanak itu berkata, tindakan menteri berkenaan disifatkan “bodoh dan tidak bertanggungjawab” dan adalah lebih baik Zuraida duduk di rumah sahaja.

    Kata beliau, dalam keadaan negara kekurangan bekalan baju pelindung dalam menyaring dan menyelamatkan pesakit Covid-19, tindakan menteri berkenaan mengurangkan lagi benteng pertahanan kita.

    “Yang terbaik beliau duduk sahaja di rumah dan jangan memperbodohkan diri,” kata Penerima Anugerah Pediatrik Cemerlang oleh Persatuan Pediatrik Asia Pasifik 2012 itu.

    Kenyataan beliau disokong oleh Mom Of KL yang memberikan komen di twitter Dr Musa dengan berkata, bahawa negara memang menghadapi kekurangan sut pelindung (PPE).

    “Anda bukan petugas barisan hadapan,” kata beliau.


    Sementara itu, menurut laporan The Star Online, bekas ketua pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman turut membidas menteri berkenaan atas publisiti yang dibuat kerana ia boleh mengundang ramai orang dijangkiti wabak Covid-19, sekali gus, membazirkan dana awam.

    Kata beliau, wang yang digunakan itu lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna, sebagai contoh kakitangan hospital kini terpaksa menyediakan sut pelindung (PPE) mereka sendiri, sedang pada masa sama mereka perlu melayan pesakit.

    Semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berpakaian sut ‘angkasawan’ itu ketika meninjau proses nyah kuman dan operasi sanitasi awam oleh kementerian diterajuinya di Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya.

    Selain kecaman Dr Musa ini, tindakan Zuraida semalam itu mengundang pelbagai bentuk sindiran atau ‘troll’ di media sosial.

    Mengundang lucu di hati orang ramai apabila terpapar penanda ‘menteri’ di atas dahi bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sambil memegang hos semburan disinfeksi yang dilihat sebagai modal berjenaka.

    https://malaysiadateline.com/zuraida-baik-duduk-di-rumah-jangan-bodohkan-diri/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Zuraida baik duduk di rumah, jangan bodohkan diri Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top