728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 10 March 2020

    Kabinet Muhyiddin: Redhalah Penyokong dan Ahli PAS

    Ketiadaan wakil PAS dilantik ke menteri kanan dalam Kabinet kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mula di perkatakan pembual politik tanah air.

    Tidak ketahuan sedalam dan sejauh mana kekecewaan dirasai terutama penyokong kuat parti Islam itu.

    Kiranya benar diambil rekod tanpa jenayah dan rasuah seperti diperkatakan untuk ukuran kebersihan seluruh ahli kabinet ia memungkinkan banyak pihak akan membuka mulut.

    Untuk menyejukan emosi kecewa redha dan berserah kepada Maha Esa penawar bagi ahli dan penyokong kuat PAS.

    Ternanti-nanti, tertunggu-tunggu berita gembira namun tidak tiba sesudah sampai waktunya.

    Hanya yang ada masing-masing seorang menteri dari Umno dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan BERSATU.

    Dari Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kerja Raya.

    Walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dianggotai Bersatu, Barisan Nasional (BN), PAS dan GPS, nampaknya PAS tiada disebelah Perdana Menteri.

    Bagaimanapun di ucapkan syabas kepada tim 'pengkhianat' PKR diatas kejayaan meletakan 9 dari 10 dikalangan dalam barisan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

    Ketidak wujudan Timbalan Perdana Menteri juga merupakan sejarah moden kerajaan diketuai Muhyiddin Yassin.

    Sejauh mana kekukuhan berdirinya kerajaan hari ini peratusan besar bergantung kepada nawaitu barisan Kabinet yang di pilih.

    Namun begitu agah pembangkang tidak boleh diperkecilkan kerana mampu pengaruhi emosi dan akan timbul tidak puas hati.

    Dipercayai Perikatan Nasional tidak mampu bertahan sepertimana Barisan Nasional (BN)

    Masih ada yang yakin BN yang dianggap separuh nazak akan muda remaja dalam masa terdekat dan tidak mustahil akan lebih awal jadi pembangkang dalam kerajaan.

    PAS yang sukar diramal dipercayai akan meletup selepas angin sebak penuh badan.

    Kepada penyokong dan ahli PAS banyaklah bersabar kerana UMNO rakan setia tidak akan membiarkan kepala pemimpin anda dicukur rambut sebelum waktu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kabinet Muhyiddin: Redhalah Penyokong dan Ahli PAS Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top