Umumnya rakyat Malaysia patut ulang tonton dan dengar perutusan khas pertama Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin.
Rasanya tidak perlu penulis jalanan seperti saya tulis satu persatu apa yang diucapkan Muhyiddin kerana masih boleh didapati di Youtube.
Terkejut juga rasanya apabila tim Azmin Ali hanya seorang tidak dipilih menyandang jawatan.
Apa pun bukan mahu menuduh atau memecah belah penyokong parti dalam Perikatan Nasional, cuma mencarik soal tanya.
Apakah yang tidak menyandang jawatan itu tidak bertepatan dengan apa yang di ucap Muhyiddin?.
Cuba ingat kembali catatan dalam kurungan dibawah.
("Saya sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.
"Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber"). Sila rujuk video ucapan Muhyiddin tempoh hari.
Menteri kanan langsung tak ada bau dari PAS.
Mungkinkah tak bersih tak berintegriti?
Yang lagi best, ada tim Azmin masih kekal jawatan sama ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Itu belum lagi rakyat ingat video semburit,,, ha ha ha.
Rasanya kerajaan hari ini macam tidak bertahan lama, silap-silap bertukar lagi, namun jika rakyat suka ia akan bertahan.
Tunggu apa kata puak-puak pembangkang
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci