MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan mengeluarkan kenyataan tabung #MusaadahCovid19 khusus untuk orang Islam.
Zulkifli berkata, beliau beberapa kali menyebut tabung ini untuk mereka yang memerlukan, termasuk barisan hadapan dan lain-lain seperti kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan pengurusan jenazah dan yang berkeperluan.
Katanya, selain asnaf yang menjadi keutamaan, agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini telah menyampaikan sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, barisan hadapan, anak kariah dan pelajar di Wilayah Persekutuan dan luar Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.
“Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak enam tahun menjadi penjawat awam, terutamanya membabitkan isu hubungan antara agama dan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga meminta sebuah portal berbahasa Inggeris membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan disiarkan mereka sebelum ini.
-Harian Metro

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci