728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    COVID-19: Orang luar dilarang masuk

    MIRI: Tinggal jauh di luar bandar, bukan alasan bagi masyarakat Penan untuk tidak berusaha mencegah penularan COVID-19 serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila turut mengambil inisiatif mendirikan notis di pintu masuk utama ke rumah panjang mereka.

    Penduduk Penan Long Kevok, di Apoh, Baram meletakkan notis melarang kemasukkan orang luar ke kawasan kampung mereka berkuatkuasa dari tarikh 18 hingga 31 Mac ini.


    Ketua kaumnya, Lucas Seman ketika dihuhungi hari ini memberitahu notis itu mulai digantung di pondok depan jalan masuk ke rumah panjang mereka pada 18 Mac lalu, sebagai menunjukkan sokongan dan pematuhan mereka terhadap PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan, bagi pencegah penyebaran COVID-19.

    "Kami mahu melindungi penduduk kami di sini dan memastikan keselamatan dan kesihatan mereka, justeru kami melarang sama sekali orang luar untuk masuk kawasan kampung sepanjang tempoh PKP ini," katanya.

    Lucas berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga memutuskan untuk tidak akan membenarkan semua orang luar termasuk kakitangan dari Paip Gas Sarawak (SSGP) memasuki kampung itu, atau mereka perlu membayar denda RM1,000, jika mengingkari larangan tersebut.

    "Ini kerana sesetengah kakitangan SSGP boleh datang dari bandar dan kami tidak tahu keadaan kesihatan mereka," katanya.

    Untuk memastikan langkah diambil adalah berkesan, JKKK, katanya telah melantik dua orang penduduk kampung berkawal di pintu masuk utama.

    Terdapat kira-kira 400 penduduk majoritinya kaum Penan menetap di Long Kevok, yang terletak kira-kira lima jam perjalanan dari bandar Miri.

    Selain Long Kevok, perkampungan kaum Berawan di Long Jegan juga turut menggantung notis serupa, sebagai langkah pematuhan terhadap PKP, dengan tidak membenarkan orang luar masuk ke kampung mereka, sepanjang tempon tersebut.

    "Hanya pihak berkuasa dibenarkan memasuki tempoh ini sehingga tarikh 31 Mac," demikian antara yang ditulis pada papan notis tersebut.

    -Utusan Borneo

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19: Orang luar dilarang masuk Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top