Bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.
Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis.
Difahamkan putaran hidupnya berubah apabila Ronaldinho kembali ke Brazil selepas mengakhiri karier panjang di Eropah.
Ronaldhino ketika ini memenuhi hukuman penjara di Paraguay. Foto Reuters
Selepas khidmatnya berakhir di AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu pulang ke Brazil untuk beraksi bersama Flamengo.
Selain mendapat gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu, dia juga masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.
Jika digabung secara keseluruhannya kontraknya itu, pendapatan Ronaldinho boleh menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta).
Nasibnya mula berubah pada 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.
Daripada dibayar 100,000 pound sterling, ia menurun menjadi 24 ribu pound sterling (RM131,000) seminggu sekali gus Ronaldinho berasakan ia tidak mencukupi untuk membiayai kehidupannya.
Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Selepas itu, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung.
Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.
Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27). – Agensi

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci