728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 31 March 2020

    Pensyarah di Kota Samarahan mangsa terkini COVID-19 di Sarawak

    KUCHING: Seorang pensyarah lelaki berumur 40 tahun bertugas di Kota Samarahan merupakan korban terkini COVID-19 di Sarawak.


    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata pensyarah tersebut meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

    Kematian itu menjadikan korban COVID-19 di negeri ini berjumlah lapan orang.

    Pada sidang media berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pensyarah warganegara Indonesia itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac dan meninggal dunia pada 1.38 pagi ini.

    Sarawak turut mencatat 21 kes baru positif COVID-19 hari ini.


    Sejumlah 20 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Sibu.

    Ini menjadikan kes positif berjumlah 135.

    “Kita sekarang meningkatkan keupayaan ujian polymerase chain reaction (PCR) dan ini menjelaskan mengapa kita mengesan lebih banyak kes positif,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Menurutnya lagi, Unimas juga kini membantu Hospital Umum Sarawak dalam melakukan ujian PCR.

    “Hospital Sibu sejak malam tadi telah mula melakukan ujian PCR. Kita sekarang dalam proses membolehkan Hospital Bintulu dan Miri membina keupayaan mereka melakukan ujian sama,” jelasnya.

    Dr Sim berkata orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan sesiapa sahaja dari kluster COVID-19 atau mereka kembali dari negara dijangkiti pada pertengahan Februari tahun ini digesa tampil melakukan pemeriksaan.

    Katanya, Sarawak mempunyai 46 kes Orang Yang Disyaki (PUI) dan sejak semalam 93 pesakit masih berada di beberapa hospital di negeri ini.

    "Kita mempunyai sembilan unit penjagaan rapi yang mana lapan adalah di HUS dan satu di Hospital Sibu. Setakat ini, 14 pesakit telah sembuh dengan sembilan adalah dari HUS, empat dari Hospital Sibu dan satu dari Hospital Miri," katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pensyarah di Kota Samarahan mangsa terkini COVID-19 di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top