728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 11 March 2020

    “Pas jangan terus ‘bersembang’, kerja belum bermula


    Ketua Pemuda AMANAH Petaling Jaya Selatan (PJS), Ammar Atan mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Pas yang mempelawanya menyertai parti itu selepas beberapa pimpinan Pas diumumkan berada dalam senarai Menteri Kabinet.

    Ammar menegaskan bahawa AMANAH tidak akan sesekali bersama dengan parti Islam yang hanya pada namanya dan bukan pada nilai perjuangannya.

    Katanya, AMANAH mahupun pemuda dari sayap parti itu akan terus menjunjung mandat rakyat yang telah diperolehi melalui proses demokrasi yang sah.

    “Terima kasih jemput untuk bersama, kami sentiasa bersama perjuangan Islam malah sejak dahulu lagi.

    “Kami cuma berijtihad untuk tidak bersama parti yang ada Islam pada nama penuhnya. Tapi pada roh dan nilai perjuangan, kami tekal.

    “Jangan risau, kami menjunjung amanah yang diberi rakyat pada suatu pentas demokrasi pilihan raya di mana kita semua boleh terima apa pun keputusannya, kerana majoriti suara terbanyak akan memutuskan,” katanya dalam satu muatnaik status di Facebooknya hari ini

    Pada 9 Mac, Pemuda Pas mengajak pemuda AMANAH untuk menyertai parti Islam itu dan meninggalkan parti DAP yang dikatakan sebagai merosakkan.

    Ia susulan pengumuman keluar parti bekas Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas sekaligus meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

    Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata, keputusan Hasnul Zulkarnain itu menunjukkan peritnya hati pemuda AMANAH selama ini yang menjadi telunjuk parti lain terutamanya DAP yang dikatakannya sering menimbulkan suasana tidak senang dalam pentadbiran kerajaan.

    Namun menurut Ammar, apa yang berlaku kini, Perikatan Nasional (PN) bukanlah kerajaan dari rakyat dan tidak dipilih rakyat.

    Malah menurut Pengerusi Pengundi Muda AMANAH itu lagi, Pas hanya bercakap besar dengan mendakwa PN adalah kerajaan yang sah, namun sebenarnya tidak amanah pada rakyat.

    “Apalah nak diharapkan kerajaan pintu belakang kamu yang bersama perompak wang rakyat. Ibarat musang menjaga reban lah.

    “Lagi pula, dalam 70 orang dalam kabinet yang ada, Pas cuma ada tiga menteri dan lima timbalan menteri sahaja,” katanya.

    Pada masa sama, beliau turut menasihatkan agar Pas tidak terus ‘bersembang’ di saat kerja belum bermula dan manifesto juga belum berjalan.

    “Dah jalan manifesto, dah perform barulah ajak. Barulah betul,” ujarnya.

    Berita penuh https://malaysiadateline.com/pas-jangan-terus-bersembang-kerja-belum-bermula-manifesto-belum-berjalan/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: “Pas jangan terus ‘bersembang’, kerja belum bermula Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top