728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 11 March 2020

    Calon lain akan dipilih ganti King Sing

    Kerajaan perlu mencari calon lain untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Datuk Seri Tiong King Sing mengesahkan menolak jawatan berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Walaupun Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenan terhadap pelantikan calon awal itu, Perdana Menteri mengambil pendekatan terbuka dan menerima penolakan jawatan Ahli Parlimen Bintulu berkenaan.

    “Beliau sudah kemukakan pendirian bahawa tidak mahu ambil jawatan itu, tidak mengapa kerana ia pilihannya walaupun Agong sudah memberi perkenan, tetapi jika beliau (King Sing) rasa kedudukan berkenaan tidak sesuai, tidak mengapa.

    “Kita akan terima (penolakan jawatan itu), sudah pasti saya perlu cari orang lain untuk dicalonkan mengisi jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Pada masa sama, King Sing menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat kepada negara tetapi menerusi kapasiti lain.

    “Saya akan mengadakan perjumpaan dengannya esok,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama, hari ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Calon lain akan dipilih ganti King Sing Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top