Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz disarankan untuk membuka kementeriannya sendiri sekiranya tidak mahu ada campur tangan politik.
Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dalam ciapan twitternya hari ini berkata, Zafrul sama sekali tidak sedar bahawa pelantikannya itu juga atas gerakan politik.
“Menteri kewangan baru di lantik. Dalam ucap tamanya (beliau) menyatakan tak mahu ada campur tangan politik dalam kementeriannya.
“Dia tak sedar pelantikannya atas ‘move’ politik.
“Kalau inilah pendiriannya, lebih baik dia buka kementeriannya sendiri,” katanya.
Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd itu antara enam senator yang baru mengangkat sumpah di Dewan Negara susulan pelantikan mereka sebagai menteri dan timbalan menteri di Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Zafrul dalam ucapannya, berharap dapat bekerja tanpa gangguan politik dan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk menangani isu ekonomi negara.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci