KUANTAN - Seorang penarik kereta didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan dengan niat mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis dengan menggunakan bahan cecair disyaki asid pada 24 Februari lalu.
Tertuduh, Aziz Mohd, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dengan niat mendatangkan kecederaan ke atas Kamarul Zaharin Abdullah dengan menyimbah cecair asid sebagai alat yang boleh membahayakan nyawa.
Aziz didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Lorong Indera Mahkota 8 jam 6.10 petang pada 24 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika didapati bersalah.
Sebelum itu, Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani menjelaskan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh atas kesalahan yang dilakukan.
Katanya, tertuduh berkemungkinan boleh mengganggu mangsa dan saksi lain sekiranya dibenarkan jaminan.
"Justeru, satu salinan laporan polis telah dibuat bagi menunjukkan kebarangkalian tertuduh mungkin akan mengganggu saksi dan mangsa.
"Namun, sekiranya mahkamah mahu juga membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh, pendakwa menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin," katanya.
Nasrul Hadi turut memohon agar mahkamah membenarkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap awal bulan, perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi dalam kes ini.
Dalam prosiding itu, Peguam Datuk Syed Azimal Amir Abu Bakar mewakili tertuduh mahu mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap anak guamnya.
Beliau berhujah, tertuduh masih belum dibuktikan bersalah dan mohon mahkamah membenarkan ikat jamin rendah kerana tertuduh masih menanggung isteri dan tiga anak masih bersekolah.
"Anak guam saya bekerja sebagai penarik kereta dan mempunyai pendapatan sekitar RM3,000 sebulan. Jika mahkamah membenarkan jaminan, saya yakin anak guam saya mematuhi syarat tambahan yang diminta oleh pihak pendakwaan.
"Disebabkan mangsa adalah anggota polis, jadi pihak pembelaan turut meminta agar semua pihak tidak menanggung semua keluarga tertuduh," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Aziz diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hingga 5 hari bulan bermula 1 April ini sehingga kes selesai.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci