728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 31 March 2020

    Langgar PKP 46 ditangkap

    KUCHING: Empat puluh enam orang ditangkap polis kerana ingkar Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam antara pukul 8 pagi semalam dan 8 pagi ini.


    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar (gambar) berkata 12 orang ditangkap di Miri, Kuching (9), Sibu (8), Saratok (3), Padawan (2), Kota Samarahan (2), Sri Aman (2), Limbang (2), Dalat (2) manakala Bintulu, Serian, Lawas dan Sarikei, masing-masing seorang.

    "Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac sehingga pagi ini, jumlah tangkapan di Sarawak ialah 276 orang," katanya menerusi satu kenyataan.

    Dalam tempoh sama, jumlah yang didakwa di mahkamah seluruh negeri ialah 83 orang.

    Di Sibu 31 orang, Padawan (13), Miri (7), Dalat (7), Sarikei (6), Lawas (6), Matu-Daro (6), Kuching (4), Kota Samarahan (2) dan Bintulu (1).







    "Orang ramai yang tidak ada urusan amat penting di luar adalah dinasihatkan agar mematuhi PKP dan duduk di rumah," katanya.

    Kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

    Manakala bagi Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020) boleh denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Langgar PKP 46 ditangkap Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top