SRI AMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hilang di ladang sawit Rapak Baru, Pantu dekat sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada jam 2.33 petang.
Menurutnya, mangsa ditinggalkan bapanya di sebuah pondok atas faktor keselamatan.
"Kanak-kanak terbabit mengikut bapa serta datuknya yang mengiringi kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) menuju ke sebatang pokok untuk tujuan penandaan.
"Memandangkan laluan curam, mangsa ditinggalkan di sebuah pondok kecil dengan hanya berbekalkan botol susu dan sebaik sahaja mereka pulang mendapati mangsa tiada lagi di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Saksi di tempat kejadian memberitahu ada melihat mangsa berpatah baik ke lokasi tempat motosikal mereka diparkirkan.
"Penduduk kampung yang menuai padi di lokasi yang sama ada melihat kanak-kanak terbabit berpatah balik ke tempat motosikal mereka iaitu kira-kira 200 meter dari pondok," katanya.
Laporan polis berhubung kehilangan mangsa telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan sebaik sahaja laporan dibuat.
"Bomba dan polis turut dibantu penduduk kampung untuk menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit tersebut dan sehingga kini belum menjumpai mangsa," katanya.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci